Aidilia Hilda adalah penyanyi berbakat yang sedang meningkat naik dalam industri muzik Malaysia. Dengan suara yang unik dan lagu hit “Tak Mau Mau,” beliau telah menarik perhatian ramai peminat muzik. Aidilia juga aktif dalam bidang lain seperti pengurusan produksi dan lakonan, menunjukkan bakat serbaguna yang dimilikinya
Biodata Aidilia Hilda
Profil dan Latar Belakang
- Nama Sebenar: Aidilia Hilda Abdul Halim
- Nama Komersial: Aidilia Hilda
- Umur: 29 tahun (2023)
- Pendidikan: Ijazah Pengurusan Industri Seni di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
- Lagu Terkenal: “Tak Mau Mau”
- Pengikut Instagram: Lebih 87,000 pengikut
- Nama Panggilan: Alia
Karier dan Pencapaian
Aidilia Hilda mendapat perhatian umum selepas single beliau “Tak Mau Mau” meraih sambutan hangat. Video muzik lagu ini telah meraih lebih 1.2 juta tontonan di YouTube. Aidilia juga dikenali sebagai rakan karib kepada pemain keyboard kumpulan Floor 88, Eric Fuzi, dan pernah membintangi video muzik lagu “Zalikha” oleh Floor 88 pada tahun 2017.
Fakta Menarik Tentang Aidilia Hilda
- Pernah menyertai ujibakat pelbagai pertandingan nyanyian sejak umur 18 tahun.
- Pernah berkhidmat sebagai pengurus produksi untuk video muzik beberapa penyanyi remaja popular.
- Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang lakonan.
- Vokalnya dikatakan iras penyanyi Najwa Latiff.
- Mengakui sudah mempunyai kekasih.
Lagu “Tak Mau Mau”
- Ciptaan dan Lirik: Achoi Floor 88 dan Oja Gegar Vaganza
- Kerjasama dengan TikTok Malaysia: #TakMauMauChallenge tular di kalangan penggemar TikTok
- Model dalam Video Muzik: Aniq Suhair, peserta program realiti Hero Remaja 2020