Dialog Sesudah Senja (TV2)

Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawa kepada penonton karya terbaru dari Unit Drama TV RTM (UDTV) sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada bulan Oktober. Drama pendek yang berjudul “Dialog Sesudah Senja” menampilkan pelakon-pelakon utama seperti Jay Iswazir, Fadhli Masoot, Izzendra, dan Fadilah Mansor, dan akan disiarkan pada 25 Oktober jam 9.30 malam melalui saluran TV2 serta boleh diikuti secara atas talian melalui RTMKlik.

Dialog Sesudah Senja

Tarikh Tayangan: Rabu, 25 Oktober 2023, jam 9:30 malam
Saluran: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Azrie Izham
Pengarah: Danny Alamsyah
Produksi: Unit Drama TV RTM
Pelakon: Jay Iswazir, Fadhli Masoot, Izzendra, Fadilah Mansor

Sinopsis Dialog Sesudah Senja

Drama ini mengisahkan Hasib, seorang pemuda yang datang dari keluarga yang penuh dengan masalah, dan dia merasa tertekan kerana melihat ibunya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan beliau berjaya dalam pelajaran. Keadaan menjadi semakin rumit apabila ayahnya yang kasar turut menjadi sebahagian daripada masalah keluarga.

Sementara itu, Hakim merupakan seorang pensyarah di universiti yang berjaya dalam kerjayanya, tetapi dia merasa tertekan untuk mengekalkan kejayaannya dalam bidang akademik. Masalah semakin bertambah apabila keputusannya dalam kerjaya menyebabkan masalah dalam keluarganya, yang berpecah akibat pilihannya.

See also  Fakta Menarik Tentang Shila Amzah - Sebuah Perjalanan Luar Biasa dalam Dunia Seni

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top