Drama Ana Ponti (TV Okey)

Drama Seram Komedi Ana Ponti di TV Okey

Jangan lupa untuk menonton drama seram komedi ‘Ana Ponti’, sebuah produksi dari Pujangga Kreatif. Drama ini akan disiarkan di TV Okey mulai 12 September 2023, dari hari Selasa hingga Jumaat, pada pukul 9 malam.

Maklumat Drama

  • Jumlah Episod: 20
  • Tarikh Tayangan: 12 September 2023
  • Waktu Siaran: Selasa hingga Jumaat, 9:00 malam
  • Platform: TV Okey dan RTMKlik
  • Penulis Skrip: Kent Tan
  • Pengarah: Rahila Ali
  • Produksi: Pujangga Kreatif Sdn Bhd

Senarai Pelakon

  • Zera Hariz sebagai Ana
  • Syafi Tee sebagai Daniel
  • Yna Rose sebagai Mimi
  • Amyza Aznan sebagai Salmah
  • Amy Nur Tinie sebagai Hanan
  • Nazia Mustafar
  • Soya Souya
  • Safura Ya’cob
  • Sahronizam Noor
  • Hasnul Rahmat
  • Firdaus Ghufran
  • Shajiry Syuhaida Abraz
  • Beego

Sinopsis Drama Ana Ponti

Drama ini mengisahkan Ana, seorang hantu pontianak yang berkeinginan untuk mencari bapa kandungnya, yang juga adalah pembunuh ibunya. Ana menyamar sebagai pelajar di sebuah IPTA untuk memahami cara hidup manusia. Namun, misi balas dendamnya menjadi rumit apabila dia jatuh cinta kepada Daniel, seorang pelajar popular. Selain itu, Ana juga seringkali diuji oleh Hanan, sepupu hantunya yang cemburu. Adakah Ana akan berjaya menyelesaikan misi yang diberikan oleh keluarganya dan penduduk kampung yang tiada hantu?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top