Telefilem Denting Cinta (TV1)

Tidak dinafikan kurangnya pengetahuan dalam menguruskan warga emas dengan Penyakit Alzheimer (AD) tidak hanya memberi kesan kepada penjaga dan ahli keluarga, tetapi juga rakan-rakan, dan orang sekeliling mereka.

Oleh itu, bagi meningkatkan kualiti hidup mereka, penjaga perlu menyuntik kesedaran dalam diri dan menambah berpengetahuan dalam menguruskan pesakit Alzheimer ini. Ianya supaya mereka dapat mengurangkan beban yang tertanggung. Menjaga pesakit yang mempunyai penyakit Alzheimer boleh menjadi sangat mencabar daripada segi emosi, mental dan fizikal.

Ibarat ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’, kisahnya yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita atau pun keluarga terdekat ini dibawakan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi drama kekeluargaan bertajuk “Denting Cinta” mengisi slot Panggung RTM pada 11 November ini, pukul 9.00 malam di TV1.

Berikut adalah butiran mengenai telefilem ini:

Telefilem Denting Cinta

Waktu Siaran: Sabtu, 11 November 2023, jam 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Pengarah: Rahila Ali
Produksi: Sixbase Resources Sdn Bhd
Pelakon: Fadlan Hazim, Isyariana, Laila Nasir, Effa Nareesha

See also  Drama Luruhnya Bunga Cinta (TV3)

Sinopsis Denting Cinta

Telefilem ini mengisahkan kisah pengorbanan seorang anak, Darwisy, yang terperangkap dalam dilema yang sukar. Dia terpaksa memilih di antara kasih sayang untuk menjaga ibunya, Cikgu Halimah, yang menghidap penyakit Alzheimer, dan dilema dalam memilih di antara Ariana, gadis yang dicintainya, atau Daniyah, yang dengan penuh kesungguhan menjaga ibunya.

Namun, jawapan kepada dilema Darwisy mungkin akan ditemui melalui dentingan sebuah jam klasik. “Denting Cinta” menjanjikan cerita yang sentiasa penuh emosi dan mungkin memberi penonton penyelesaian yang menggembirakan. Jadi, pastikan anda menyaksikan telefilem ini pada 11 November jam 9 malam di TV1.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top