Telemovie Si Pencuri Kacak

Jangan lepaskan peluang menyaksikan telemovie komedi romantik terbaru, “Si Pencuri Kacak,” yang akan bermula pada 20 September di tonton.com.my atau boleh dimuat turun melalui aplikasi Tonton.

Si Pencuri Kacak

  • Tarikh Tayangan di Tonton: 20 September 2023
  • Penulis Skrip: Rina Khan
  • Pengarah: Harris Fadzillah
  • Produksi: Saujana Dedikasi Sdn Bhd

Senarai Pelakon

– Ashraf Muslim sebagai Zahim
– Reen Rahim sebagai Mira
– Mark Adam sebagai Dean
– Daniella Sya
– Nabil Aqil
– Watie Sadali
– Camelia Natasya
– Syamim Farid
– Farisya Irwayu
– Kamal Bakar
– Ziana Zain

Sinopsis Si Pencuri Kacak

Kisah ini mengenai seorang novelis lelaki yang dikenali sebagai Zahim (Ashraf Muslim) yang merasa tercabar dengan kegagalan novel pertamanya di pasaran. Dean (Mark Adam) mencadangkan agar Zahim menggunakan nama pena wanita, iaitu Zuraya Amri.

Zahim merasa tercabar apabila membaca kritikan negatif yang selalu diberikan oleh seorang Blogger, Mira (Reen Rahim), di media sosial. Akibatnya, Zahim membuat keputusan yang mengejutkan dengan mencuri semua novel yang ditulis oleh Zuraya Amri di kedai buku milik Mira.

See also  Telemovie Bapak Tengoklah Nanti (TV2)

Tetapi nasib malang menimpanya apabila dia tertangkap dan terpaksa bekerja di kedai buku tersebut tanpa gaji untuk mengelakkan dari ditangkap oleh polis. Apa yang lebih mencabar adalah dia terpaksa berdepan dengan Si Blogger yang amat dibencinya selama sebulan penuh!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top