[LIVE] Semakan CCTV Trafik Di Highway PLUS

Cara Semak Keadaan Trafik di Lebuhraya Secara Langsung Melalui Portal Rasmi LLM / Kamera CCTV HIGHWAY PLUS

Musim cuti akhir tahun telah tiba dan ramai yang akan pulang ke kampung atau melancong selepas sekian lama berada di bawah tempoh PKP.

Selalunya, dijangkakan lebuh raya akan sesak dengan kenderaan yang banyak.

Sebelum memulakan perjalanan, adalah penting untuk kita membuat persediaan dengan menyemak keadaan di lebuh raya terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kesesakan.

Dengan langkah ini, kita dapat memastikan perjalanan kita lebih lancar, jimat masa dan tenaga, serta tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk.

Jika terdapat kesesakan, kita boleh mencari laluan alternatif untuk memudahkan perjalanan.

Berikut adalah cara untuk menyemak keadaan trafik secara langsung sebelum memulakan perjalanan:

1. Cara Semak Keadaan Trafik di Lebuhraya secara Langsung Melalui Portal LLM

Selain daripada menggunakan aplikasi Waze, anda juga boleh menyemak kesesakan di lebuh raya melalui portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia secara LIVE.

Anda akan dapat melihat gambar secara langsung berapa banyak kenderaan yang sedang melalui lebuh raya tersebut. Ia berguna untuk merancang perjalanan anda.

See also  Niat Iktikaf, Hukum & Soalan Lazim Mengenainya

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Buka Portal Rasmi LLM melalui pautan ini: https://www.llm.gov.my/awam/cctv
  2. Klik pada tab Status Trafik Semasa.
  3. Pilih lebuhraya yang ingin dilihat.
  4. Anda akan dapat melihat rakaman CCTV Live view dari setiap kamera yang terdapat di lebuh raya tersebut.
check highway

Ini adalah contoh paparan lebuh raya yang telah dipilih dan disemak.

Contoh paparan semakan trafik pada pukul 8.40 pagi. Pagi awal biasanya kurang kesesakan, betul tak?

Jika laluan kelihatan lancar, anda boleh memulakan perjalanan tanpa sebarang masalah.

2. Cara Semak CCTV Lebuhraya PLUS Melalui Aplikasi

Dengan Aplikasi PLUS (Google PlayStore) dan (Apple Store), anda boleh mendapatkan maklumat terkini berkenaan trafik dan melihat kamera CCTV sepanjang lebuh raya untuk perancangan perjalanan anda.

Dengan Aplikasi PLUS, perjalanan anda di lebuh raya akan menjadi lebih mudah. Pilih sahaja CCTV yang akan anda lalui dalam perjalanan anda untuk mendapat gambaran trafik semasa.

Dengan aplikasi ini, anda juga boleh tempah makanan melalui #OrderDisini, dapatkan maklumat bayaran tol, serta akses butang SOS untuk bantuan kecemasan.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, muat turunkan Aplikasi PLUS untuk maklumat dan akses terkini di Lebuhraya PLUS.

See also  Nuzul Quran : Peristiwa 17 Ramadan & Pengajaran

3. Cara Semak CCTV Lebuhraya di Laman Web Jalanow

Anda juga boleh menyemak CCTV di lebuh raya secara LIVE melalui laman web https://www.jalanow.com/malaysia-highways-live-traffic-cameras.htm.

Layanan ini amat membantu, bukan?

Selain daripada menyemak keadaan trafik di lebuh raya, laman web ini juga membenarkan anda mengakses KALKULATOR TOL untuk mengetahui jumlah bayaran tol dari satu lokasi ke lokasi lain.

Pastikan untuk memeriksa baki dalam kad Touch n Go atau Smart Tag sebelum memulakan perjalanan.

Jadi, pastikan untuk membuat semakan sebelum memulakan perjalanan anda agar perjalanan berjalan lancar.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di pautan berikut:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top