Facebook Umum Penamatkan Facebook News pada April 2024
Facebook baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan perkhidmatan Facebook News pada bulan April 2024. Facebook News adalah satu tab khas yang menyediakan berita daripada pelbagai penerbit di platform sosial Facebook.
Bagaimanapun, berdasarkan Facebook, pengguna tidak mengakses platform tersebut untuk membaca berita atau kandungan politik. Penggunaan Facebook News sendiri menurun sebanyak 80% pada tahun 2023 lalu. Selain itu, menurut data 2023, hanya kurang daripada 3% jenis kandungan yang dilihat oleh pengguna di Facebook Feed adalah berita.
Di samping itu, Facebook juga mengesahkan bahawa mereka tidak akan memanjangkan perjanjian dengan beberapa penerbit di Amerika Syarikat dan Australia, namun akan terus bekerjasama dengan penerbit kandungan sehingga tempoh perjanjian tamat.
Gergasi media sosial ini turut menekankan bahawa organisasi berita masih boleh menggunakan Facebook Pages seperti biasa untuk berkongsi kandungan kepada para pengikut dengan mudah.
Hot Takes:
- Penggunaan Facebook News menurun sebanyak 80% pada tahun 2023.
- Hanya kurang daripada 3% kandungan berbentuk berita dilihat dalam Facebook Feed.
- Facebook tidak akan memanjangkan perjanjian dengan penerbit di Amerika Syarikat dan Australia.
- Organisasi berita masih boleh menggunakan Facebook Pages untuk berkongsi kandungan.