Panduan Qiamullail (Ibadah / Solat Malam) – JAKIM


Panduan Qiamullail oleh JAKIM untuk Amalan Solat Malam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyusun Panduan Qiamullail untuk membantu umat Islam di Malaysia dalam melaksanakan solat malam (Qiyamullail) dengan betul berdasarkan sumber-sumber yang sahih.

Qiamullail merupakan satu amalan sunat yang bermaksud ‘bangun malam’, di mana seseorang bangun dengan niat untuk menyembah Allah SWT.

Amalan ini bukanlah perkara baru; ia telah diamalkan oleh para rasul, nabi-nabi, orang soleh, dan ulama sejak zaman dahulu.

“Bangunlah pada sebahagian waktu malam dan laksanakanlah solat tahajjud, sebagai satu ibadah tambahan untukmu; moga Tuhanmu akan membangkitkan dan menempatkanmu di tempat terpuji di akhirat nanti.” (Surah al-Isra’ Ayat 79)

Apa itu Qiamullail?

Secara bahasa, ‘Qiam’ merujuk kepada berdiri, manakala ‘Al-Lail’ bermaksud malam. Oleh itu, ‘Qiamullail’ bermaksud bangun malam untuk beribadat kepada Allah.

Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan kelebihan bagi orang yang menjalankan amalan Qiamullail ini.

Qiamullail

Amalan Qiamullail merupakan amalan sunat yang amat berbaloi di sisi Allah SWT.

See also  Doa Sambutan Maulidur Rasul – JAKIM

Kelebihan Qiamullail

  • Membersihkan jiwa dan kuatkan rohani
  • Mendekatkan diri kepada Allah
  • Mendatangkan tumpuan dan khusyuk
  • Melangkahkan diri melewati jambatan Siratulmustaqim
  • Saat-saat yang baik untuk doa dikabulkan
  • Menyokong kesihatan yang baik
Kelebihan Qiamullail

Amalan Sunat Qiamullail

  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajjud
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Witir
  • Membaca al-Quran
  • Mengingati Allah
Amalan Sunat Qiamullail

Muat Turun Panduan Lengkap

Untuk memperkukuh amalan Qiamullail, anda boleh muat turun panduan lengkap yang diterbitkan oleh JAKIM.

Panduan ini mengandungi niat solat sunat, bacaan surah, zikir, dan nota berkaitan.

Untuk muat turun panduan lengkap Qiamullail, sila klik MUAT TURUN.


Panduan Qiamullail oleh JAKIM

Untuk panduan lanjut, sila rujuk halaman muat turun JAKIM di pautan https://bit.ly/PanduanRingkasQiamullailJAKIM


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top