SKDS 2.0 (Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi): Syarat & Cara Mohon

Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) 2.0 Diperluas Kepada Sembilan Jenis Kenderaan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengumumkan perluasan projek rintis Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) 2.0 kepada sembilan jenis kenderaan sektor pengangkutan darat yang berbeza.

Fasa Kedua projek ini merupakan sambungan daripada SKDS 1.0 yang terlibat dengan enam syarikat sebelum ini.

Objektif SKDS adalah untuk mengurangkan risiko kehilangan dan penyeludupan diesel subsidi dengan lebih berkesan.

Fasa pertama projek ini telah berjaya dilaksanakan pada bulan Januari dengan kerjasama dari enam syarikat dalam sektor pengangkutan darat bagi barangan.

Kali ini, jenis kenderaan yang terlibat termasuk lori kargo am, lori minuman botol, lori ais, lori luton, lori tangki, lori tangki air, van panel, dan van ‘window’.

KPDN dan Kementerian Kewangan sedang menjalankan kajian untuk meluaskan projek ini kepada jenis kenderaan yang lain bagi mengatasi masalah kehilangan dan penyeludupan diesel subsisi.

Tempoh Permohonan

SKDS 2.0

Permohonan boleh dibuat mulai 7 Mac hingga 31 Mac 2024.

See also  Cukai Taksiran DBKL: Cara Semak dan Bayar

Syarat Permohonan SKDS 2.0

SKDS 2.0

Hanya syarikat yang memenuhi syarat-syarat berikut akan dipertimbangkan untuk SKDS 2.0:

  • Syarikat mesti berdaftar di Malaysia
  • Kenderaan barangan adalah kepunyaan syarikat
  • Kenderaan barangan mesti mempunyai cukai jalan yang sah
  • Kenderaan barangan terlibat adalah dalam senarai sembilan jenis kenderaan Fasa II Projek Rintis

Jenis Kenderaan

Berikut adalah sembilan jenis kenderaan Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) yang terlibat dalam SKDS 2.0:

  • Lori Kargo Am
  • Lori Minuman Botol
  • Lori Refrigerated
  • Lori Luton / Kotak
  • Penggerak Utama
  • Lori Tangki Tepung
  • Lori Tangki Air
  • Panel Van
  • Window Van

Permohonan SKDS 2.0

Permohonan untuk SKDS 2.0 boleh dilakukan melalui http://mysubsidi.kpdn.gov.my/

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Fasa II Projek Rintis SKDS 2.0, sila hubungi Pusat Panggilan Sistem MySubsidi Diesel di talian 03-8882 5917/ 6176/ 5894/ 5893 dari jam 8 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja.

Untuk pertanyaan berkenaan permohonan Fleet Card syarikat-syarikat minyak, boleh menghubungi:

  • Petronas (1-300-88-8181)
  • Shell (1-300-22-8181)
  • Petron (1-800-88-8298)
  • Caltex (1-800-88-3168)
  • BHP (03-77199499)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top