Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2024 & Penutupan Operasi

PENGUMUMAN TARIKH AKHIR PENGHANTARAN BARANG SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 2024 & WAKTU OPERASI – POS MALAYSIA

Mendekati Hari Raya Aidilfitri tahun ini, ramai yang suka membeli barang secara dalam talian untuk sambutan tersebut.

Peniaga juga sibuk menyiapkan tempahan pelanggan bagi menyambut Hari Raya.

Namun, jangan lupa tentang tarikh akhir pos barang supaya samapi sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Tarikh Akhir Pos Barang Untuk Pastikan Sampai Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2024

Pengumuman berkenaan tarikh akhir pos dan waktu operasi sempena Aidilfitri dari POS Malaysia Berhad telah dikemaskini.

Bungkusan dalam Semenanjung Malaysia ke bandar utama semenanjung harus dihantar sebelum 6 April 2024 (Sabtu).

Bagi Poslaju dari Sabah dan Sarawak ke bandar utama setempat, boleh dihantar sehingga 5 April 2024 (Jumaat).

Bagi bungkusan dari Semenanjung Malaysia ke tempat lain, tarikh akhir adalah 4 April 2024 (Khamis), manakala dari Sabah & Sarawak adalah 3 April 2024 (Rabu).

SILA RUJUK JADUAL DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT TARIKH AKHIR PENGHANTARAN POS SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 2024 DAN WAKTU OPERASI AIDILFITRI POS MALAYSIA

See also  Koleksi Kata-Kata Hikmah Tentang Kehidupan & Kejayaan

Waktu operasi POS Malaysia semasa Aidilfitri adalah seperti jadual di bawah:

Sumber: POS Malaysia Berhad

Rancang penghantaran anda untuk sampai sebelum Hari Raya. Pastikan untuk merujuk maklumat dari syarikat kurier lain melalui media sosial mereka.

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN BARANG BAGI SYARIKAT KURIER LAIN DI MALAYSIA

Berikut adalah senarai tarikh cut-off bagi beberapa syarikat kurier termasuk J&T, NinjaVan, DHL, CityLink dan Shopee Express.

Sumber: Shopee Malaysia

Nota: J&T akan beroperasi pada Hari Raya Aidilfitri.

Baca juga:

Maklumat ini diharap dapat membantu para pembeli dan peniaga untuk merancang dengan baik bagi penghantaran barang sebelum Hari Raya. Ingatlah untuk menghantar bungkusan anda pada masa yang betul!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top