TESP MARA 2024: Program Penajaan Pengajian Tertiari






Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP MARA 2024) Di Buka!

Penajaan Pengajian Tertiari oleh MARA untuk 2024

MARA membuka peluang kepada pelajar lepasan Asasi/STPM dan Diploma yang ingin menuntut Ijazah Pertama di Institut Pengajian Tinggi terpilih di Malaysia untuk memohon Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai TESP MARA 2024 dan cara untuk membuat permohonan.

Apa itu TESP MARA 2024?

TESP (Tertiary Education Sponsorship Programme) ialah program pinjaman yang ditawarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada pelajar lepasan STPM, Asasi, Matrikulasi, Diploma, dan peringkat Ijazah Pertama dalam bidang tertentu di Institusi Pengajian Tinggi terpilih untuk sesi kemasukan 2024.

Pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam peringkat Ijazah Pertama juga berpeluang memohon.

TESP MARA 2024

Jenis Pinjaman yang Diterima

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Pengangkutan (pergi dan balik) hanya berkenaan bagi pelajar dari Semenanjung yang belajar di Sabah / Sarawak atau sebaliknya.

Syarat Kelayakan

Syarat Umum:

  • Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa perlu Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Umur pelajar tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan.
  • Memenuhi kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) yang ditetapkan.
  • Pemohon dan keluarga tidak disenarai hitam atau dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Tidak pernah menerima pinjaman untuk peringkat yang sama sebelum ini.
  • Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit.
See also  Bantuan Khas Aidilfitri 2024 Penjawat Awam & Pesara

Syarat Khas:

  • Pelajar baharu perlu mendapat PNGK (CGPA) minimum 3.00 untuk Asasi, Matrikulasi, STPM atau seumpamanya.
  • Pelajar sedia ada perlu kekalkan PNGK (CGPA) minimum 3.00 dan mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Lulus Kepujian dalam Bahasa Melayu SPM dan syarat akademik tertentu untuk bidang tertentu.
Syarat Kelayakan TESP MARA 2024

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka dari 20 Mac hingga 01 April 2024.

Cara Memohon TESP MARA 2024

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di Portal MARA pada tarikh yang dinyatakan.

Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna dan membaca Garis Panduan Permohonan TESP sebelum membuat permohonan.

Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP):

Semakan Status TESP MARA 2024

Pemohon perlu semak status permohonan menerusi portal MARA dan emel rasmi dari masa ke semasa. Keputusan akan diumumkan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup permohonan.

Maklumat Tambahan

Untuk maklumat lanjut, layari pautan rasmi MARA di https://www.mara.gov.my/tertiary-education-sponsorship-programme-tesp-12/

.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top