Ubat Sakit Lutut dan Kaedah Rawatan dari Rumah

Penyebab Sakit Lutut

Jika anda merasakan sakit lutut, jangan anggap remeh. Selain orang tua, masalah ini turut boleh menimpa golongan muda atas faktor-faktor tertentu.

Penyebab sakit lutut biasanya disebabkan oleh:

  • Penuaan yang semakin meningkat
  • Osteoarthritis
  • Kelebihan berat badan
  • Faktor genetik atau sejarah keluarga
  • Pernah mengalami kecederaan pada lutut.

Meskipun ia boleh menimpa sesiapa sahaja, risiko wanita mengalami sakit lutut lebih tinggi berbanding lelaki.

Rawatan dan Ubat Sakit Lutut

Berdasarkan sumber dari WebMD, pesakit boleh merawat sakit lutut melalui langkah-langkah berikut:

1. Ubat Sakit

Beberapa ubat sakit tertentu dapat membantu meredakan keradangan sendi. Contohnya aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin, Nuprin), acetaminophen, dan naproxen sodium (Aleve, Anaprox, Naprosyn).

Penggunaan ubat sakit haruslah berhati-hati kerana terlalu kerap boleh memberi kesan buruk kepada hati. Sentiasa rujuk kepada arahan dan dos yang betul sebelum mengambil ubat.

2. Krim Sapuan atau Patch

Penggunaan krim sapuan atau patch boleh membantu meredakan kesakitan lutut dengan lebih berkesan. Bahan seperti lidocaine atau capsaicin di dalam krim tersebut dapat membantu mengurangkan rasa sakit serta bengkak.

ubat sakit lutut

3. Suntikan

Bergantung kepada keperluan pesakit, doktor mungkin mencadangkan suntikan ubat sakit. Terdapat dua jenis suntikan yang biasa diberikan:

i) Corticosteroid

Ubat ini membantu mengurangkan keradangan pada sendi untuk sementara waktu. Pesakit disarankan untuk tidak melebihi 2 hingga 3 suntikan setahun.

ii) Hyaluronic Acid

Ini adalah cecair yang bertindak sebagai pelincir di sendi untuk mengurangkan geseran dan kesakitan.

Rawatan di Rumah

Beberapa rawatan di rumah yang boleh diamalkan untuk meredakan sakit lutut termasuk:

1. Rehat yang Cukup

Apabila mengalami sakit lutut, pastikan untuk memberi tubuh rehat yang mencukupi dan hindari aktiviti yang membebani lutut.

2. Gunakan Ais

Ais boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan. Letakkan ais yang dibalut dengan tuala nipis pada bahagian yang sakit tidak melebihi 20 minit.

ubat sakit lutut

3. Tuam Panas

Selain ais, panaskan kawasan yang sakit dengan heat pack atau botol panas untuk meredakan kesakitan sementara.

4. Tinggikan Lutut

Tinggikan lutut untuk mengurangkan bengkak. Gunakan bantal atau duduk pada kerusi yang selesa.

5. Penggunaan Pembalut Lutut

Pembalut lutut membantu mengelakkan penumpukan cecair, mengekalkan kestabilan serta memberi sokongan pada lutut. Pastikan materialnya ringan dan berudara.

ubat sakit lutut

Pastikan anda mendapatkan rawatan dari doktor secepat mungkin jika mengalami sakit lutut kerana ia boleh memberi kesan buruk pada aktiviti harian dan kesihatan anda.

See also  Menu KFC 2024: Promosi & Harga Terkini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top