7 Makanan Untuk Menurunkan Kolesterol
1. Ikan Tinggi Omega-3
Pilih ikan seperti sardin, teri, dan salmon kerana kaya dengan omega-3 yang membantu menurunkan paras trigliserida dan menyokong kesihatan jantung.
2. Gunakan Minyak Sihat
Gantikan mentega dengan minyak yang lebih sihat seperti minyak zaitun, minyak kanola, dan minyak bunga matahari untuk mengurangkan kolesterol jahat dalam darah.
3. Kekacang
Aneka kekacang seperti kacang almond, kacang pistachio, dan kacang walnut membantu menurunkan kolesterol dan kaya dengan serat serta mineral penting untuk kesihatan.
4. Sayur-Sayuran
Tambahkan sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli, dan kobis ke dalam pemakanan harian kerana ia membantu menyerap kolesterol dan mengandungi nutrien penting untuk kesihatan secara keseluruhan.
5. Buah Sitrus
Buah sitrus seperti limau, limau nipis, dan oren mengandungi pektin yang berkesan menurunkan kolesterol LDL dalam darah.
6. Kacang Soya
Kacang soya, seperti tauhu dan susu soya, merupakan sumber protein yang membantu menurunkan paras kolesterol LDL dalam badan.
7. Bijirin dan Karbohidrat Kompleks
Pilih makanan seperti oat, beras perang, dan roti gandum kerana kaya dengan serat yang membantu mengawal kolesterol dan memelihara kesihatan jantung.
Tip Untuk Mengawal Kolesterol
- Elakkan makanan berlemak tinggi dan berminyak.
- Pilih makanan yang rendah lemak.
- Kurangkan konsumsi gula dan minuman bergula.
- Aktif bersenam untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Pemakanan yang betul dan sihat adalah kunci untuk mengekalkan kolesterol dalam kawalan yang baik. Dengan memilih makanan yang sesuai dan gaya hidup sihat, anda dapat menjaga kesihatan jantung dan tubuh secara keseluruhan.
Sumber: Nutritionistkkm, myhealth.gov.my, healthline.com, health.harvard.edu