Tema Hari Guru 2024: Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani





Tema Hari Guru 2024: Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara MADANI

Tema Hari Guru 2024: Guru Jauhari Digital

Sambutan Hari Guru pada tahun 2024 akan menggambarkan keistimewaan “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara MADANI”.

Hari Guru sentiasa dinantikan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar sebagai satu peristiwa penting dalam kalendar tahunan sekolah.

Pada 9 Mac, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tema rasmi Hari Guru 2024.

Tema ini dipilih selepas pihak KPM memberi peluang kepada orang ramai untuk mencadangkan tema bagi Hari Guru tahun ini.

Tema Hari Guru 2024

Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Sempena Sesi Persekolahan 2024/2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertekad memastikan semua guru di negara ini mahir dalam penggunaan teknologi digital.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan, menegaskan pentingnya melahirkan generasi pelajar yang fasih dalam era digital ini.

Matlamat utama adalah untuk mewujudkan pelajar-pelajar yang mahir menggunakan teknologi digital dalam proses pembelajaran di bilik darjah.

Usaha ini akan disokong dengan memperkukuh kemahiran guru dalam penggunaan alat digital untuk pengajaran dan pembelajaran.

See also  Nama Malaikat & Tugas-tugasnya

Dalam amanat yang disampaikan, Ketua Pengarah Pendidikan turut menerangkan Dasar Pendidikan Digital yang terdiri daripada beberapa teras penting.

Sumber: Sinar Bestari

Objektif Sambutan Hari Guru

Hari Guru diraikan setiap tahun pada 16 Mei dengan tujuan berikut:

  • Memahami peranan guru dalam pembinaan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Mengiktiraf kepentingan guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Mempupuk perasaan perpaduan di kalangan guru.
  • Meningkatkan martabat guru dalam masyarakat.
  • Memperkukuh kecekapan guru melalui program-program Hari Guru.
  • Mengevaluasi peranan guru dengan matlamat keseluruhan negara.

Sejarah Tema Hari Guru 2024 & Sebelumnya

Berikut adalah senarai tema Hari Guru untuk 10 tahun lepas (2013 – 2023):

  • 2013 – Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
  • 2014 – Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
  • 2015 – Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
  • 2016 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2017 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
  • 2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
  • 2020 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2021 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2022 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
  • 2023 – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
See also  GCPC: Permohonan Guru Cemerlang Pensyarah Cemerlang 2024

Mencari hadiah untuk Hari Guru? – Hadiah Untuk Guru – 15 Item Berguna Untuk Guru


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top