Akaun Simpanan Maybank Yippie-i: Kelebihan, Syarat & Cara Daftar

Akaun Simpanan Maybank Yippie-i bagi Anak-anak Bawah Umur 18 Tahun

Jika anda mempunyai anak di bawah umur 18 tahun, Akaun Simpanan Maybank Yippie-i adalah pilihan terbaik untuk membantu mereka memulakan tabungan dengan faedah yang menarik.

Akaun Simpanan Yippie-i ini direka khas untuk kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun bagi membantu mereka memahami konsep menyimpan sejak dari kecil.

Ciri-ciri Akaun Simpanan Maybank Yippie-i

maybank i-yippie

Akaun Yippie-i Maybank berdasarkan prinsip Qard yang merupakan kontrak pinjaman wang tanpa faedah antara bank dan depositor.

Ia beroperasi seperti akaun amanah dengan ibu bapa atau penjaga sebagai pemegang akaun bersama sehingga anak mencapai umur 18 tahun.

Syarat Kelayakan

Akaun ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan warga asing dengan dokumen pengenalan seperti pasport, Visa pelajar atau permit kerja, serta surat pengesahan majikan jika perlu.

Kanak-kanak di bawah 18 tahun boleh memohon dengan syarat ibu bapa atau penjaga berumur tidak melebihi 60 tahun.

Kelebihan dan Manfaat Akaun Yippie-i

  • Nikmati kadar Deposit Tetap 1 bulan jika membuat sekurang-kurangnya SATU pengeluaran sebulan selama 6 bulan berturut-turut.
  • Ganjaran tunai untuk pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan PT3, SPM, STPM/A-Level serta peringkat pengajian tinggi.
  • Perlindungan Takaful Kemalangan Diri percuma sehingga RM70,000 untuk anda dan anak.
  • Kad debit bagi Benefisiari yang boleh digunakan di lebih 5,800 ATM di Malaysia dan rangkaian PLUS di seluruh dunia.
  • Kemudahan urus perbankan online melalui Maybank2u.
See also  Hari Pekerja 2024: Sejarah & Tema Sambutan
Jenis Peperiksaan Keputusan Cemerlang Ganjaran
SPM 8As / A+ RM200/akaun
STPM/A-Levels 5As / 4As dan MUET Gred 6 RM300/akaun
Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas 1 RM500/akaun

Cara Memohon Akaun Maybank Yippie-i

Untuk membuka akaun ini, sila hadir ke cawangan Maybank berdekatan bersama ibu bapa atau penjaga melengkapkan dokumen:

  • Anak: Sijil kelahiran asal dan MyKid
  • Ibu bapa / penjaga: Kad Pengenalan (IC) atau pasport asal.

Boleh juga mendaftar secara dalam talian melalui aplikasi Maybank MAE dan ikuti langkah-langkah yang diberikan.

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Pergi ke bahagian Apply > Accounts > New Application > Yippie-i
  3. Isi butiran yang diminta
  4. Sertakan gambar sijil kelahiran anak
  5. Deposit minimum RM10
  6. Tunggu kelulusan permohonan anda

Pertanyaan dan Bantuan Lanjut

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi Maybank atau hubungi Khidmat Pelanggan di hotline:

  • 1-300 88 6688 (Malaysia)
  • +603-7844 3696 (Luar Negara)

Anda juga boleh mendapatkan panduan langkah demi langkah melalui gambar-gambar yang disertakan di atas. Jangan ragu untuk memulakan langkah pertama dalam membantu anak anda mewujudkan tabungan yang bijak sejak kecil.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top