Menghargai Kontribusi Para Pekerja Malaysia
Setiap tahun pada 1 Mei, Malaysia bersama dengan negara lain di seluruh dunia akan menyambut Hari Pekerja.
Hari tersebut diraikan untuk menghargai pengorbanan pekerja yang telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Di Malaysia, setiap pekerja dilindungi oleh Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang bertujuan untuk meningkatkan perlindungan dan kebajikan mereka.
Hari Pekerja Ialah Cuti Umum
Berdasarkan Akta Kerja 1955, terdapat 5 hari cuti yang wajib diberikan kepada pekerja:
- Hari Pekerja (1 Mei)
- Hari Kebangsaan (31 Ogos)
- Hari Malaysia (16 September)
- Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong
- Hari Keputeraan Yang Dipertuan Negeri atau Hari Wilayah di Wilayah Persekutuan
Asal Usul Hari Pekerja
Asal usul Hari Pekerja bermula sebagai tuntutan buruh untuk mendapatkan hak yang adil semasa revolusi industri yang pesat di Barat.
Pemodal kapitalis pada masa itu mengambil kesempatan ke atas pekerja, memaksa mereka bekerja berjam-jam dengan upah yang rendah demi keuntungan.
Melalui usaha demonstrasi dan mogok, buruh berjaya mendapatkan hak seperti 8 jam bekerja sehari dan cuti rehat seminggu sekali.
Tema Hari Pekerja 2024
Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan tema Hari Pekerja 2024 sebagai “PEKERJA KESUMA BANGSA”.
Logo Hari Pekerja 2024 turut sejajar dengan penjenamaan semula Kementerian Sumber Manusia kepada KESUMA.
Sambutan Hari Pekerja 2024
Sambutan Hari Pekerja 2024 akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di PICC bersama dengan lebih dari 3,000 pekerja dari pelbagai sektor.
YAB Perdana Menteri akan mengumumkan penerima Anugerah Hari Pekerja dan melancarkan Kerangka Dasar Sumber Manusia 2030 dalam acara tersebut.
Referensi: https://www.sinarharian.com.my/article/25987/makna-sebenar-hari-pekerja
Selamat Hari Pekerja!