Bantuan Khas Aidilfitri 2024 Penjawat Awam & Pesara

INFO TERBARU : Bantuan Khas Aidilfitri 2024 untuk Penjawat Awam & Pesara

Berita baik buat semua penjawat awam!

Melalui pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 akan diberikan kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta kontrak juga akan menerima faedah tersebut.

Beliau, yang juga menteri kewangan, menyatakan bahawa bantuan kewangan sebanyak RM250 juga akan diberikan kepada pesara, sama ada yang berpencen atau tidak.

Keputusan untuk memberikan bantuan khas tersebut adalah hasil dari maklum balas yang diterima daripada penjawat awam semasa kunjungan beliau ke beberapa negeri baru-baru ini.

Dibawah merupakan maklumat terperinci tentang bantuan ini.

Bantuan Khas Aidilfitri 2024

Apakah Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2024?

Bantuan Khas_Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam merupakan sumbangan Hari Raya sebagai penghargaan kepada penjawat awam atas perkhidmatan yang telah diberikan.

Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri adalah antara langkah Kerajaan untuk membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya.

Tarikh Bayaran

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 akan di salurkan kepada penjawat awam yang layak pada bulan April 2024.

See also  Makmum Masbuk: Pengertian & Tindakan Yang Perlu Diambil

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, bayaran bantuan khas akan bermula pada Jumaat ini, (5 April 2024).

Pada 23 Feb lalu, penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk kontrak, telah menerima insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000.

Beliau juga mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan di salurkan bermula pada Rabu ini, 3 April 2024.

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2024

Bantuan kewangan Aidilfitri melibatkan:

1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk kontrak.

2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan bukan berpencen.

Diharapkan bantuan ini dapat memberi manfaat kepada penerimanya pada 5 April tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:

Baca juga:

.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top