Buah Pala: Kandungan Nutrisi & Khasiat Pada Kesihatan






Khasiat Buah Pala dan Perbezaannya dengan Buah Keras

Apa itu Buah Pala?

buah pala

Buah pala, juga dikenali sebagai Myristica fragrans, merupakan sejenis herba yang sering digunakan dalam pelbagai jenis hidangan di Malaysia.

Buah pala sebenarnya terdapat dalam lebih 100 spesies dan hanya beberapa spesies yang mengandungi bahan-bahan perasa yang boleh digunakan dalam memasak.

Buah pala mempunyai bentuk bulat bujur dengan isi tebal berwarna putih atau kuning pucat. Setelah masak, buah akan merekah mendedahkan biji berwarna hitam atau coklat dengan selaput berwarna merah.

Fakta Kandungan Nutrisi

Buah pala mengandungi nutrisi penting seperti kalium, karbohidrat, dan lemak. Berikut adalah kandungan nutrisi dalam 100 gram buah pala segar dan jeruk buah pala:

Zat Pemakanan (unit) Buah Pala Segar Jeruk Buah Pala
Tenaga (kcal) 510.0 239.0
Air (g) 14.0 38.1
Lemak (g) 36.4 0.2
Protein (g) 7.4 0.2
Fiber (g) 3.5 1.6
Abu (g) 0.4 1.0
Kalsium (g) 24.0 1.0
Fosforus (g) 12.0 23.0
Karbohidrat (g) 38.3 58.9
Zat besi (mg) 0.4 0.3
Natrium (mg) 2.0 310.0
Kalium (mg) 79.0 12.0
Karoten (mg) 7.0 12.0
Vitamin B1 (mg) 0.01 0
Vitamin B2 (mg) 0.02 0.1
See also  Bantuan Khas Aidilfitri 2024 Penjawat Awam & Pesara

Perbezaan Antara Buah Pala dan Buah Keras

Ciri-Ciri Buah Pala Buah Keras
Bentuk Lonjong Agak bulat dan tumpul
Warna Gelap Kuning keputihan
Saiz Ibu jari tetapi tidak sebesar telur puyuh Sedikit lebih kecil
Tekstur Ada kerutan permukaan kulit biji Lebih halus
Rasa dan Aroma Wangi seperti hidangan Timur Tengah. Hangat dan agak pedas Tawar, dan bila dimakan mentah rasanya seperti kacang

Khasiat dan Manfaat Buah Pala

  • Antioksidan tinggi
  • Sifat antiradang
  • Meningkatkan libido
  • Sifat antibakteria
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Memperbaiki penghadaman
  • Menggalakkan tidur yang lebih lena
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Menyokong pertumbuhan rambut
  • Meremajakan kulit

Kegunaan Buah Pala

Biji dan aril buah pala digunakan sebagai rempah, perisa dalam makanan, dan jeruk. Minyak dan ekstrak dari buah pala digunakan dalam industri makanan, kosmetik, minyak wangi, dan bahan perubatan.

Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, Healthline, WebMD



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top