Cukai Taksiran DBKL: Cara Semak dan Bayar






Bayar Cukai Taksiran DBKL

Portal DBKLBayar

Bagi pemilik kediaman/bangunan/tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, cukai taksiran atau lebih dikenali sebagai cukai pintu perlu dibayar kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL menetapkan cukai ini sebagai sumber untuk pembiayaan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur tempatan serta perkhidmatan kawasan tersebut.

Proses semakan dan pembayaran cukai taksiran kini menjadi lebih mudah dengan pengenalan portal DBKLBayar.

DBKLBayar merupakan platform yang memudahkan urusan pembayaran, menyemak penyata bayaran, dan mengakses maklumat akaun kepada pelanggan DBKL.

  • Cukai Taksiran DBKL
  • Sewaan Perumahan
  • Sewaan Parkir
  • Sewaan Gerai Pasar
  • Sewaan Hartanah
  • Perbadanan Pengurusan
  • Pembayaran Invois (kontraktor) dan lain-lain

Cara Daftar DBKLBayar

Langkah-langkah untuk mendaftar akaun DBKLBayar dan membayar Cukai Taksiran DBKL:

  1. Kunjungi laman web https://dbayar.dbkl.gov.my/
  2. Klik pada pautan “Daftar Sekarang”
  3. Isi maklumat peribadi/syarikat
  4. Sahkan emel untuk mengaktifkan akaun DBKLBayar

Cara Semak

DBKL tidak lagi mengeluarkan bil bercetak mulai tahun 2024. Semua transaksi boleh disemak secara dalam talian dengan capaian internet.

See also  La Hawla Wala Quwwata Illa Billah (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ): Maksud & Penggunaan

Pelanggan boleh memeriksa dan membuat pembayaran cukai taksiran DBKL menerusi dashboard DBKLBayar.

Cara Bayar Cukai Taksiran DBKL

Bayaran secara Dalam Talian (Online)

Pelanggan boleh membuat pembayaran taksiran DBKL secara dalam talian melalui portal DBKLBayar menggunakan pelbagai kaedah termasuk kad kredit/debit dan FPX.

Bayaran secara Manual

Jika ingin membuat bayaran secara manual, kunjungi kaunter DBKL berdekatan.

Kaunter-DBKL

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai DBKLBayar atau Cukai Taksiran DBKL, hubungi talian 1 800 88 3225 atau 03-2617 9000.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top