Cukai Tanah Perak: Semakan dan Cara Bayar

Cara Bayar Cukai Tanah di Perak

Bagi individu yang memiliki tanah di negeri Perak, penting untuk membayar Cukai Tanah setiap tahun sebagai tanggungjawab yang perlu dipenuhi.

Cukai tanah ialah caj yang dikenakan oleh kerajaan negeri ke atas pemilik hartanah yang bertempat di Malaysia, termasuk tanah pegangan bebas dan pajakan. Caj ini dinilai dan dikenakan oleh Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) serta turut dikenakan ke atas bangunan strata.

Adalah menjadi tanggungjawab kepada pemilik kediaman untuk membuat pembayaran Cukai Tanah tanpa menunggu notifikasi bil khusus daripada pihak berkuasa.

Apakah itu Cukai Tanah?

Cukai tanah pada asasnya adalah caj yang perlu dibayar oleh pemilik hartanah kepada Pihak Berkuasa Negeri. Tanggungjawab ini dikawal di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 yang merangkumi:

  • caj tahunan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai Cukaisewa
  • sebarang bayaran tahunan yang wajib dipenuhi kepada Pihak Berkuasa Negeri mengikut undang-undang bertulis
  • sebarang tunggakan Cukaisewa yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri
See also  Tarikh Cabutan SSP BSN dan Cara Buat Semakan

Pemilik hartanah atau wakilnya harus memastikan bahawa Cukai Tanah dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri tanpa perlu menunggu notifikasi dari Bil Hasil Tanah yang dihantar.

Cukai Tanah vs Cukai Pintu

Ada kekeliruan di kalangan ramai mengenai Cukai Tanah dan Cukai Pintu – adakah kedua-duanya sama?

Cukai Tanah: caj yang dikenakan ke atas pemilik hartanah sebagai bayaran balasan kepada Pihak Berkuasa Negeri yang memberikan milikan tanah kerajaan.

Cukai Pintu: caj yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke atas pemilik atau penghuni hartanah seperti rumah, kedai, hotel dan sebagainya di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Cukai Pintu perlu dibayar dua kali setahun.

Cara Semak dan Bayar Cukai Tanah di Perak

semakan cukai tanah perak

Sejak tahun 2024, kerajaan negeri Perak telah beralih ke dalam pengurusan bayaran Cukai Tanah secara digital, dengan tiada lagi penghantaran bil fizikal.

Anda boleh semak bil Cukai Tanah melalui portal rasmi Pejabat Tanah dan Galian Perak dengan mendaftar sebagai pengguna portal awam e-Tanah.

See also  Doa Demam Panas – Doa Amalan Apabila Sakit

Pelbagai perkhidmatan disediakan melalui portal ini termasuk e-Carian, e-Semakan, e-Bayaran, e-Consent, dan perkhidmatan permohonan secara dalam talian.

Bayaran boleh dibuat secara online melalui kaedah Debit Terus (FPX) atau menggunakan kad kredit VISA / Master Card untuk kemudahan pelanggan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top