Separuh Akhir Piala Thomas 2024 – [ LIVE ] Malaysia lwn China

Pencapaian Cemerlang Skuad Malaysia ke Separuh Akhir Piala Thomas 2024

Prestasi gemilang yang dicapai oleh skuad negara dalam saingan Piala Thomas 2024 telah menimbulkan kegembiraan di kalangan rakyat Malaysia. Pasukan Malaysia berjaya menewaskan pasukan Jepun dalam perlawanan suku akhir.

Setelah mengakhiri saingan kumpulan dengan tewas 3-2 kepada Denmark, skuad negara telah diundi untuk bertemu pasukan Jepun di Chengdu, China. Sementara itu, Indonesia yang merupakan juara 14 kali akan berhadapan dengan Korea Selatan, manakala tuan rumah China (juara 10 kali) akan berentap dengan India.

Malaysia memulakan kempen dengan kemenangan telak 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria sebelum mengalami kekalahan tipis 3-2 kepada Denmark. Meskipun hanya berjaya menjadi naib johan kumpulan, Malaysia menunjukkan prestasi membanggakan.

Perlawanan suku akhir sebelum ini di Nonthaburi, Thailand dua tahun lalu menyaksikan Malaysia tersingkir setelah kalah 3-2 kepada India, pasukan yang kemudiannya menjadi juara selepas menewaskan Indonesia di final.

Tarikh dan Masa Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas 2024

Perlawanan separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China akan berlangsung pada:

  • 4 Mei 2024 (Sabtu)
  • Pukul 5.00 petang (waktu Malaysia)
See also  Puasa Tasu’a: Lafaz Niat, Fadhilat dan Tarikh Hari Tasu’a 2024

Sebanyak 15 lokasi tayangan skrin besar di seluruh Malaysia akan menyiarkan perlawanan tersebut.

Tempat-tempat tayangan skrin besar:

  • Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  • Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
  • SACC Mall, Shah Alam, Selangor
  • Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis
  • Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  • Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Perak
  • Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan, Paroi
  • Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh, Melaka
  • Toppen Shopping Centre, Johor Bahru, Johor
  • Dataran Kolej Polytech Mara, Kota Bharu, Kelantan
  • Ali Spices Kampung Ladang Tanjung, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Padang MBK 1, Kuantan, Pahang
  • Kompleks Belia & Sukan Negeri Sarawak, Kuching
  • Kompleks Belia & Sukan Negeri Sabah, Putatan
  • Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Sukan Labuan, Sabah

Cara Menonton Perlawanan Secara LIVE

Untuk menonton secara langsung kejohanan Piala Thomas 2024, anda boleh menonton melalui Astro Supersport dan RTM.

Anda boleh menyaksikan perlawanan tersebut di saluran berikut:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top