Doa Apabila Terjaga Tengah Malam – Amalan Sunnah Rasulullah SAW
Adakalanya kita terjaga pada waktu tengah malam tanpa sebab yang jelas. Pada masa yang demikian, perasaan gelisah dan tidak selesa mungkin melanda. Namun, terdapat satu doa yang boleh diamalkan ketika perkara ini berlaku. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Doa Apabila Terjaga Tengah Malam – JAKIM
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، اَلْحمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ.
Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya lah kerajaan dan pujian. Dia Maha Kuasa atas segala urusan. Segala pujian bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Selepas itu, bacalah:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي.
Artinya: Wahai Allah, ampunilah dosaku.
Sunah Rasulullah SAW Ketika Terjaga Tengah Malam
- Berwudhu & Tidur Semula
- Membaca Doa
- Menunaikan Solat Sunat
Rasulullah SAW pernah terjaga tengah malam, lalu Baginda SAW mengambil wudhu dan meneruskan tidur semula.
Rasulullah SAW bersabda bahawa barangsiapa yang terjaga pada waktu malam dan membaca doa tadi, kemudian berdoa, maka doanya akan dikabulkan.
Rasulullah SAW menyatakan bahawa solat paling disukai oleh Allah S.W.T ialah solat Nabi Daud a.s, solat pada pertengahan malam sebahagian dan tidur kemudian bangun semula untuk solat.