Filem REBEL: Berontak Untuk Berotak

Tunggu filem aksi bertajuk ‘REBEL: Berontak Untuk Berotak’ arahan pertama Dato’ Awie akan ditayangkan di pawagam pada 2 Mei 2024.

Rebel
Tarikh Tayangan: 2 Mei 2024
Idea Asal: Dato Awie
Skrip: Ramdan Che Hassan
Pengarah: Dato Awie
Produksi: Wau Productions Sdn Bhd & Rumah Produksi Merah Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Luka
MK K-clique sebagai Bono
Dato Awie sebagai Pak Long Biring
Shikin Kamal sebagai Kaseh
Azlan Komeng sebagai Pian
Fahd Majid sebagai Pali
Jesse Lim sebagai Lim
Razif Salimin sebagai Man Filem
Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Ayah Luka
Nor Albaniah sebagai Ibu Luka
Merah sebagai Luka Kecil
Ellysa Ramlee sebagai Kaseh Kecil
Izhan Fahmi sebagai Bidin

Sinopsis Rebel: Berontak Untuk Berotak
Sinopsis: Mengisahkan perseteruan antara dua individu iaitu Luka (Ben Amir) dan Bono (MK K-Clique), walaupun berada dalam pertubuhan yang sama.

Luka, berasal dari penempatan setinggan, dibesarkan dalam kekurangan dan di kelilingi elemen-elemen tidak sihat seperti penagihan dadah, pelacuran, dan gangsterisme. Walaupun dari latar belakang sedemikian, Luka cuba menjalani kehidupan normal. Walau bagaimanapun, Luka tidak boleh tahan jika melihat ketidakadilan berlaku di depan matanya.

See also  Raya Dengan Cinta

Pada masa yang sama, berlaku perseteruan antara Luka dan Bono, seorang budak nakal yang sering mengganggu ketenteraman di kawasan tersebut. Pergaduhan antara mereka ketika remaja membawa perubahan besar dalam hidup Luka. Luka mula memberontak menentang ketidakadilan di sekelilingnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top