Filem Syif Malam

Empire Film Solution Sdn Bhd dan Thinkerbell Studios Sdn Bhd dengan bangga mempersembahkan filem seram terbaru mereka, “Syif Malam,” yang bakal mengejutkan pawagam mulai 7 Disember 2023. Dikarang dan diarahkan oleh Fairus Anuar, “Syif Malam” menggabungkan unsur fiksyen seram dan komedi gelap, serta menampilkan barisan pelakon cemerlang termasuk Taqim Zaki, Anas Ridzuan, Shahkimin, Zera Hariz, Kamarul Eqifshah, Sobri Anuar, Riezman Khuzaimi, Ismeth, dan Mili Supina.

Filem Syif Malam

Genre: Fiksyen Seram, Komedi Gelap
Penulis Skrip & Pengarah: Fairus Anuar
Produksi: Empire Film Solution Sdn Bhd & Thinkerbell Studios Sdn Bhd
Tarikh Tayangan: 7 Disember 2023

Watak Pelakon

  • Taqim Zaki sebagai Ikmal
  • Anas Ridzuan sebagai Mok
  • Shah Kimin sebagai Botak
  • Zera Hariz sebagai Ayu
  • Kamarul Eqifshah sebagai Saiful
  • Sobri Anuar sebagai Boss Zaini
  • Riezman Khuzaimi sebagai Abang Joe
  • Ismeth Syah

Sinopsis Syif Malam

“Syif Malam” mengisahkan tiga rakan sepejabat, Ikmal, Botak, dan Mok, yang bekerja sebagai pereka grafik. Secara tidak sengaja, mereka mula mengungkap mitos seram yang melibatkan bangunan tempat mereka bekerja, merubah kehidupan mereka sepenuhnya.

See also  Drama Bercakap Dengan Jun

Urban legend menceritakan tragedi seorang pekerja wanita yang membunuh diri di bangunan itu, dan kononnya bangunan memerlukan korban tertentu setiap tahun. Gangguan seram bermula ketika mereka dipaksa bekerja pada waktu malam untuk menyiapkan tugasan grafik yang mendesak.

Awalnya, gangguan berlaku semasa mereka bekerja seorang diri. Setelah berkongsi pengalaman seram, Mok mengambil keputusan untuk mencari bantuan daripada rakan mereka, Brotai, yang dikatakan arif dalam perkara mistik.

Namun, selepas beberapa upacara ritual, gangguan seram menjadi lebih ganas dan agresif. Mitos tentang korban bangunan tersebut yang selama ini mereka dengar mula menjadi realiti yang menakutkan.

Seorang wanita misteri di tempat kerja itu cuba membantu mereka, merasakan bahawa nyawa Ikmal, Mok, dan Botak berada dalam bahaya jika gangguan terus berlanjutan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top