Biodata Saixse

Siapa gerangan Saixse? Nama beliau kini menjadi topik perbualan kerana lagu Malampagi yang menjadi fenomena di kalangan pendengar selepas menjadi viral di TikTok. Lirik lagu ini sangat menarik dan unik, terutama bait-bait berikut:

Malam
Masih muda
Asal kau duduk macam tak buat apa
Bazir masa nak fikir tentang cinta
Yea aku sakit
Aku healing sampai pagi tak balik

Lagu ini juga mengandungi kata-kata yang berkaitan dengan individu yang sedang dalam proses ‘healing‘. Sungguh menusuk kalbu. Jadi, siapakah sebenarnya pemilik suara lagu ini? Mari kita lihat biodata Saixse.Biodata Saixse

Profil Saixse

  • Nama Sebenar: (tiada maklumat)
  • Nama Pentas: Saixse
  • Umur: 21 tahun (2023)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Jantina: Lelaki
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Bujang
  • Pekerjaan: Penyanyi
  • Lagu: Malampagi, Malampagi (Remix) ft. MK K-Clique, 23
  • Media Sosial:
    – TikTok: @saixxse
    – IG: @saixse
    – YT: @saixse
  • Saluran Muzik:
    – Apple Music
    – Spotify
    – Soundcloud

Fakta Menarik Mengenai Saixse

  • Saixse mula mencuba nasib dalam industri muzik melalui platform Soundcloud sejak berusia 16 tahun dan berjaya mencapai 500,000 tontonan pada akhir 2020.
  • Album pertamanya, XSE, dilancarkan di bawah label Nicerrr Sound pada 2021 yang mengandungi 10 lagu dengan durasi total 25 minit.
  • Lagu pertama ciptaannya yang mendapat perhatian adalah Vibe dan diikuti oleh Vibe II yang menampilkan penyanyi Eemrun.
  • Beliau mula mendapat perhatian dan dikenali oleh peminat muzik mainstream selepas lagu MalamPagi menjadi trending di TikTok.
  • Video muzik Malam Pagi yang diarahkan oleh pelakon Nadhir Nasar dan dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube pada 4 Julai 2023 telah meraih sebanyak 300,000 tontonan dalam masa sehari ditayangkan.
  • Video klip hasil kerjasama dengan MK K-Clique ini telah mencatat 2.7 juta tontonan sehingga artikel ini ditulis.
  • Beliau pernah mendapat kritikan dari netizen kerana persembahan secara langsung (live) yang dilihat tidak sama seperti dalam versi rakaman studio. Namun, beliau tidak berputus asa dan mengambil kritikan tersebut sebagai dorongan untuk memperbaiki persembahan di masa depan.
See also  Biodata Azharina Azhar, Peserta GV10

Sumber: azhan.co

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top