Drama Aku Yang Kau Sakiti (TV3)

Info Drama Aku Yang Kau Sakiti (TV3)

Drama “Aku Yang Kau Sakiti” akan menghiasi slot Samarinda TV3 mulai 1 Ogos 2023. Drama ini akan disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam. Anda juga boleh menontonnya melalui platform penstriman iQIYI satu jam selepas siaran di televisyen. Drama ini diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd dan mempunyai 20 episod. Riza Baharudin bertindak sebagai pengarah dan skrip ditulis oleh Farhana Fauri. Drama ini dibintangi oleh Redza Rosli, Rita Nadira, Zamarul Hisham, Fify Azmi, Jasmin Hamid dan banyak lagi.

Watak Pelakon

  • Redza Rosli sebagai Raikal
  • Rita Nadira sebagai Amanda
  • Zamarul Hisham sebagai Tuan Zaki
  • Fify Azmi sebagai Bella
  • Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin
  • Jasmin Hamid sebagai Mak Su
  • Iman Suhana sebagai Sara
  • Syazwan Zulkifly sebagai Faris
  • Zazly Baginda sebagai Encik Rasyid
  • Syazuwan Hassan sebagai Shahrul
  • Natasya Mahyan sebagai Cika
  • Anies Hann sebagai Mia
  • Ain Yasmin sebagai Suzana

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Sakiti (TV3)

Drama “Aku Yang Kau Sakiti” berkisar tentang Amanda (Rita Nadira), seorang anak yatim yang kehilangan bapanya akibat dibunuh kerana berhutang dengan sindiket pinjaman wang. Sejak itu, Amanda tinggal di rumah warisan bapanya bersama ibu saudaranya, Mak Su (Jasmin Hamid) dan sepupunya, Sara (Iman Suhana) yang materialistik dan sering meminta wang daripada Amanda. Amanda juga dijaga oleh keluarga Tuan Zaki (Zamarul Hisham), bapa kepada sahabat baiknya, Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki merasa berterima kasih dan berhutang budi dengan sahabat baiknya, bapa Amanda dan menganggap Amanda sebagai anaknya sendiri.

See also  Telemovie Puteh Pasir Mantanani (TV1)

Rykal (Redza Rosli) selalu ada untuk Amanda dalam masa susah dan berhasrat untuk melamar Amanda sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, Amanda menolak lamaran tersebut dengan alasan masih tidak bersedia untuk berkahwin. Amanda ingin mengatasi trauma kehidupannya dan mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain.

Ketika mereka berusia 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna. Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella. Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaan Tuan Zaki hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang.

Namun, Rykal (Redza Rosli) yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal. Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top