Gaji Mei 2024: Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Penyata Gaji Penjawat Awam Mei 2024

Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan tarikh pembayaran gaji bagi bulan Mei 2024 kepada penjawat awam.

Tentang e-Penyata Gaji

Bagi penjawat awam yang ingin mendapatkan penyata gaji mereka, mereka boleh melakukannya melalui sistem e-Penyata Gaji.

Sistem ini telah dilaksanakan secara rasmi sejak Oktober 2010 mengikut Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010.

Sistem e-Penyata Gaji hanya menyimpan Penyata Gaji Bulanan untuk 18 bulan terkini dan Penyata Pendapatan Tahunan untuk 7 tahun terkini.

Tarikh Pembayaran Gaji Mei 2024

Berikut adalah jadual tarikh pembayaran gaji penjawat awam untuk tahun 2024:

  • Januari: 24 Januari 2024 (Rabu) – Hari Thaipusam pada 25 Januari 2024 (Khamis)
  • Februari: 23 Februari 2024 (Jumaat) – Tahun Baru Cina pada 10 & 11 Februari 2024 (Sabtu & Ahad)
  • Mac: 25 Mac 2024 (Isnin)
  • April: 25 April 2024 (Khamis) – Hari Raya Puasa pada 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
  • Mei: 24 Mei 2024 (Jumaat) – Hari Pesta Kaamatan pada 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
  • Jun: 13 Jun 2024 (Khamis) – Hari Gawai pada 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad), Hari Raya Haji pada 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
  • Julai: 19 Julai 2024 (Jumaat)
  • Ogos: 23 Ogos 2024 (Jumaat)
  • September: 25 September 2024 (Rabu)
  • Oktober: 24 Oktober 2024 (Khamis) – Hari Deepavali pada 31 Oktober 2024 (Khamis)
  • November: 25 November 2024 (Isnin)
  • Disember: 19 Disember 2024 (Khamis) – Hari Krismas pada 25 Disember 2024 (Rabu)
See also  Pengambilan TLDM 2024 – Permohonan & Semakan (navy.mil.my)
gaji januari 2024 penjawat awam
Sumber : Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15% Mulai Disember 2024

Seramai penjawat awam akan menerima kenaikan gaji sebanyak 15 peratus bermula 1 Disember 2024. Kenaikan gaji ini adalah yang tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara. Sebelum ini, kenaikan gaji tertinggi adalah pada kadar 13 peratus. Peningkatan gaji ini melibatkan peruntukan melebihi RM10 bilion.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top