Hari Kemerdekaan Sabah 2024

Hari Kemerdekaan Sabah: Memperingati Pembentukan Malaysia

Setiap tahun, rakyat Sabah akan sambut Hari Kemerdekaan Sabah, mulai tahun 2023. Perayaan ini penting sebagai sebahagian daripada sejarah kemerdekaan negeri.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menekankan kepentingan Hari Sabah yang jatuh pada 31 Ogos dalam memuliakan identiti negeri dan jati diri rakyatnya.

Kemerdekaan Sabah diraih pada 31 Ogos 1963 selepas penyerahan pentadbiran oleh pihak British kepada pemimpin tempatan. Dua minggu selepas itu, pada 16 September 1963, bentuknya persekutuan Malaysia diumumkan rasmi.

Apakah itu Hari Kemerdekaan Sabah?

hari kemerdakaan sabah

Berdasarkan sejarah, Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 selepas proses penyerahan kuasa oleh British kepada pemimpin tempatan.

Perjanjian terakhir mengenai pembentukan Malaysia dibuat di London pada tahun 1963. Kesemua pihak bersetuju dan menandatanganinya pada 8 Julai 1963.

Majlis Undangan Sabah mengesahkan keputusan untuk menyertai Malaysia pada 8 Ogos 1963. Hal ini menjadikan 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Sabah.

Kenapa perlu disambut pada 16 September?

Tarikh 16 September yang diistiharkan sebagai Hari Malaysia sepatutnya diraikan untuk memperingati pembentukan Malaysia serta daya bersatu tiga wilayah, iaitu Sabah, Sarawak dan Malaya.

See also  Allahumma Innaka Afuwwun – Doa Malam Lailatul Qadar/Doa Memohon Keampunan
hari kemerdekaan sabah

Jeffrey menyokong pemilihan tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Sabah, dan tarikh 16 September sebagai Hari Kebangsaan Malaysia.

Beliau memberitahu bahawa kemerdekaan Sabah telah diumumkan pada 8 Ogos 1963 tanpa mengira Malaysia terbentuk pada tarikh tersebut atau tidak.

Semoga dengan memperingati Hari Kemerdekaan Sabah, rakyat negeri ini sentiasa diingati tentang sejarah penting dalam pembentukan Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top