Kalendar Akademik USIM 2024 / 2025: Tarikh Kuliah, Exam & Cuti

Bagi para pelajar Universiti Islam Sains Malaysia (USIM), penting untuk merujuk Kalendar Akademik & Takwim USIM bagi tahun 2024 yang diberikan di bawah.

Takwim akademik adalah panduan rasmi yang perlu diikuti untuk mengetahui tarikh-tarikh penting seperti kuliah pengajian, cuti semester dan sebagainya. Ini akan membantu anda merancang jadual kehidupan di universiti dengan lebih efisien.

Kalendar Akademik USIM juga penting bagi para pelajar untuk merancang percutian, pembelian tiket perjalanan dan sebagainya.

Kalendar Akademik Sesi 2024 / 2025

Dibawah adalah Kalendar Akademik USIM untuk sesi akademik 2024 / 2025 untuk pelbagai fakulti dan bidang pengajian:

Semua Fakulti

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Fakulti Pergigian

Siswazah

Fakulti Pengajian

Bagi sesi 2024/2025, USIM menawarkan 56 program melalui 9 Fakulti seperti berikut:

  1. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
  2. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
  3. Fakulti Pengajian Bahasa Utama
  4. Fakulti Syariah dan Undang-Undang
  5. Fakulti Ekonomi dan Muamalat
  6. Fakulti Sains dan Teknologi
  7. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
  8. Fakulti Pergigian
  9. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
See also  Cara Hilangkan Selsema Tanpa Ubat, Cuba 10 Tips Berkesan!

Latar Belakang Universiti Islam Sains Malaysia (USIM)

permohonan usim

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan institusi pendidikan yang dimiliki dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia yang bertujuan menjadi peneraju dalam bidang ilmu pengetahuan serta pusat rujukan global untuk integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

USIM mempunyai pendekatan holistik dalam pendidikan yang menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu Aqli) bagi memberikan pengalaman pendidikan yang menyeluruh.

Sejarah Penubuhan

USIM sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dan telah diluluskan penubuhannya pada tahun 1997. Matlamat penubuhan USIM adalah untuk memartabatkan pendidikan Islam serta menyokong penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan penyelidikan.

Pada tahun 2007, Kolej Universiti Islam Malaysia kemudiannya ditukar nama kepada Universiti Sains Islam Malaysia mewujudkan sejarah baru yang membawa nama besar institusi ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top