Bagi mereka yang sudah bekerja, hujung bulan selalunya menjadi waktu yang ditunggu-tunggu kerana itulah masa gaji diterima! Terutamanya bagi mereka yang gaji cukup-cukup sahaja untuk menampung perbelanjaan bulan tersebut. Namun, adakah anda memahami apa yang dimaksudkan dengan gaji kasar, gaji bersih dan gaji pokok?
Pemahaman tentang jenis-jenis gaji ini penting untuk mengelakkan kekeliruan, terutamanya ketika mengisi maklumat untuk permohonan pinjaman peribadi, pinjaman perumahan/LPPSA atau pinjaman kereta.
Maksud Gaji Pokok
Gaji pokok adalah jumlah tetap yang diberikan kepada pekerja dan TIDAK termasuk elaun. Gaji pokok juga dikenali sebagai Gaji Hakiki.
Maksud Gaji Kasar
Gaji kasar adalah jumlah gaji pokok ditambah dengan elaun. Contoh elaun yang dimaksudkan adalah Elaun Sara Hidup @ Cola, Elaun Khidmat Awam, Elaun Perumahan, Elaun Keraian dan lain-lain. Gaji kasar adalah jumlah gaji sebelum ditolak sebarang potongan.
Maksud Gaji Bersih
Gaji bersih adalah jumlah gaji kasar selepas ditolak potongan-potongan seperti cukai, pinjaman dan lain-lain. Ia adalah jumlah gaji yang sebenarnya diterima oleh pekerja setelah semua potongan dibuat.
Dengan memahami perbezaan antara gaji kasar, gaji bersih dan gaji pokok, anda akan dapat mengisi maklumat yang betul dan tepat ketika membuat permohonan pinjaman atau apabila diperlukan dalam situasi lain. Selain itu, pemahaman ini juga penting untuk merancang kewangan anda dengan lebih efektif.