NILAM Johor: Sistem Merekod Aktiviti Bacaan NILAM di Johor

Kenali Sistem Rekod Bahan Bacaan NILAM Johor

NILAM Johor adalah satu platform dalam talian yang diperkenalkan di Negeri Johor untuk memudahkan perekodan bahan bacaan bagi Program NILAM.

Platform ini menyediakan ruang untuk pengguna dari pelbagai peringkat termasuk murid, guru, sekolah, PPD, dan JPN, serta digunakan untuk pengiktirafan pencapaian bintang PAJSK.


Apa itu Program Membaca NILAM?

Program NILAM merupakan inisiatif untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar.

Singkatan NILAM merujuk kepada ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca’ yang telah diperkenalkan sejak tahun 1999 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program ini dimulakan pada tahun 1999 bagi murid tahun satu sekolah rendah dan tingkatan satu atau peralihan sekolah menengah, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca.

Cara Login ke NILAM Johor untuk Murid

Untuk merekod bahan bacaan, murid perlu ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Lawati laman web NILAM Johor di alamat https://nilamjohor.edu.my/.
  2. Pilih bahagian “Murid”.
  3. Masukkan ID DELIMa.
  4. Kemudian, masukkan kata laluan.
  5. Klik “Log Masuk”.
See also  Ubat Cacing Budak: Jenis dan Waktu Sesuai Untuk Diambil

Panduan Merekod Bahan Bacaan dengan Mudah

Selepas log masuk, murid boleh terus mula merekod bahan bacaan dengan langkah-langkah yang ringkas:

  1. Pilih menu “Aktiviti Bacaan”.
  2. Klik “Tambah aktiviti bacaan” untuk memulakan rekod bacaan.
  3. Pilih klasifikasi bahan bacaan seperti kategori bahan dan bahasa.
  4. Masukkan butiran bahan bacaan termasuk judul, sinopsis, pengarang, penerbit, tahun terbit, dan tarikh baca.
  5. Simpan rekod setelah selesai.
  6. Bagi penghapusan rekod, hanya guru kelas dan admin sekolah yang boleh lakukan. Sehubungan itu, murid perlu meminta bantuan daripada guru jika perlu.

Video Panduan Penggunaan NILAM Johor

Sertai panduan penggunaan dalam video di bawah (Edisi Murid) untuk lebih penerangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top