Piala Sumbangsih 2024 [LIVE] JDT vs Selangor (10 Mei 2024)






Piala Sumbangsih dalam Liga Malaysia

Piala Sumbangsih dalam Liga Malaysia

Perlawanan Pembuka Tahun Baru

Piala Sumbangsih ialah perlawanan pembuka musim Liga Super di Malaysia. Perlawanan ini juga dikenali sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah dan telah diperkenalkan pada Liga Malaysia pada tahun 1985.

Format Terkini Piala Sumbangsih

Pada format terkini, Juara Piala Malaysia akan berdepan dengan Juara Liga Super Malaysia sebelum musim baru dimulakan. Namun, jika Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia adalah pasukan yang sama, maka perlawanan akan dijalankan antara Juara Liga Super dan Naib Juara Liga Super.

Pada tahun ini, Johor Darul Takzim akan bertemu Selangor kerana JDT memenangi kedua-dua Liga Super dan Piala Malaysia bagi musim lepas.

Sejarah Piala Sumbangsih

Piala Sumbangsih diperkenalkan pada Liga Malaysia tahun 1985, namun perlawanan pertama diadakan pada 31 Disember 1984. Format perlawanan telah mengalami beberapa perubahan dari zaman dahulu.

Sehingga tahun 1992, Juara Piala Malaysia akan berentap dengan Juara atau Naib Juara Liga Malaysia.

See also  Cuti Bersalin Kerajaan: Kelayakan & Cara Memohon

Format perlawanan berubah pada tahun 1993 apabila Juara Piala Malaysia akan bertembung dengan Juara Piala FA atau Naib Juara FA.

Sejak Liga Malaysia 2011, format semasa diperkenalkan dan dipraktikkan oleh pertubuhan liga.

Senarai Pemenang Sebelum Ini

  • Selangor – 8
  • Johor Darul Takzim – 8
  • Kedah Darul Aman – 3
  • Kuala Lumpur City – 3
  • Sri Pahang – 3
  • Perak – 3
  • Perlis – 2
  • Johor Darul Takzim II – 1
  • Kelantan – 1
  • Negeri Sembilan – 1
  • Terengganu – 1
  • Sarawak – 1
  • Singapura – 1
  • Pulau Pinang – 1
  • MPPJ – 1
  • ATM – 1

Tarikh & Jadual Perlawanan 2024

Piala Sumbangsih 2024 dijadualkan berlangsung pada 10 Mei 2024 dan akan mempertemukan Johor Darul Takzim dengan Selangor. Johor Darul Takzim akan menjadi tuan rumah mengikut undang-undang Liga Malaysia.

  • Tarikh: 10 Mei 2024 (Jumaat)
  • Masa: 9.00 malam
  • Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor

LIVE Streaming Piala Sumbangsih 2024

RTM akan menyiarkan secara langsung perlawanan Liga Malaysia 2024, termasuk Piala Sumbangsih. Anda boleh menonton siaran langsung ini di saluran RTM yang disebutkan di bawah:

  • TV2
  • Sukan RTM
  • TV Okey
  • RTM 1
See also  POV: Maksud POV & Bagaimana Ia Digunakan

Untuk penstriman langsung, layari laman web RTM atau muat turun aplikasi Rtmklik dari Google Playstore atau Apple AppStore.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top