Pinjaman Pelajaran MARA 2024: STEP Dalam Negara

Berita gembira untuk pelajar lepasan STPM / STAM yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta kursus tertentu di dalam negara kerana pihak MARA telah membuka permohonan untuk program Pinjaman Pelajaran MARA (STEP Dalam Negara) bagi tahun 2024.

Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan pinjaman boleh ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama untuk pengajian sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih mengikut bidang yang ditetapkan.

Tempoh Permohonan

Permohonan untuk Pinjaman Pelajaran MARA (STEP Dalam Negara) akan dibuka dari 20 Mac 2024 (Rabu) hingga 01 April 2024 (Isnin), pada jam 11.59 malam.

Tempoh Pinjaman Pelajaran

Tempoh pinjaman pelajaran akan berlangsung dari semester semasa hingga tamat pengajian sebenar pelajar, tertakluk kepada syarat-syarat tawaran yang diberikan.

Syarat Permohonan

Pelajar yang ingin memohon Pinjaman Pelajaran MARA 2024 perlu mematuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan:

  • Pemohon perlu menyemak status permohonan di sistem MyEduloan secara berkala di link berikut: https://educationloan.mara.gov.my.
  • Permohonan yang tidak mendapat respons daripada MARA selepas tiga (3) bulan akan dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
See also  Nuzul Quran : Peristiwa 17 Ramadan & Pengajaran

Senarai Kursus dan IPT Yang Layak

Pinjaman Pelajaran MARA ini ditawarkan hanya kepada kursus dan IPT tertentu di dalam negara sahaja.

Pelajar boleh merujuk senarai kursus dan IPT yang layak di dokumen di bawah (Rujuk halaman 10 – 32).

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Bagi sebarang pertanyaan berkaitan program Pinjaman Pelajaran MARA (STEP Dalam Negara), pelajar boleh menghubungi pegawai bertugas melalui e-mel pada waktu pejabat seperti berikut:

  • Untuk pertanyaan berkaitan program: step@mara.gov.my
  • Untuk masalah teknikal semasa permohonan: ictbpp@mara.gov.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top