Rukun Islam : Lima Tiang Agama Islam

Pentingnya Lima Rukun Islam Dalam Kehidupan Umat Islam

Sejak kecil, umat Islam telah dididik tentang lima rukun Islam. Rukun ini memegang peranan penting sebagai asas agama Islam yang membantu menegakkan keimanan umat Islam.

Dalam lima rukun Islam tersebut, terdapat perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu Islam yang mampu serta memenuhi syarat-syarat ibadah yang diperlukan.

Berikut adalah gambaran ringkas tentang lima rukun Islam dan penjelasan singkat mengenainya. Mari teruskan pembacaan untuk memahami setiap rukun tersebut dengan lebih mendalam.

Makna Rukun Islam

Rukun Islam merupakan lima elemen penting dalam agama Islam yang dianggap sebagai asas wajib oleh umat Islam. Hadis Rasulullah mengatakan:

rukun islam
Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI

Elemen Rukun Islam

Di bawah adalah senarai kelima rukun Islam yang menjadi asas penting dalam kehidupan umat Islam:

  1. Mengucapkan dua kalimah syahadah.
  2. Mendirikan solat fardhu lima waktu.
  3. Berpuasa di bulan Ramadan.
  4. Menunaikan zakat.
  5. Mengerjakan haji bagi yang mampu.

Mengucap Dua Kalimah Shahadah

Syahadah merupakan rukun pertama dalam Rukun Islam. Ia adalah pernyataan kepercayaan kepada keesaan Allah dan kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Syahadah terdiri daripada dua kalimah penting:

See also  Cara Elak RM200 Ditolak Ketika Isi Minyak Kenderaan Guna Kad
Syahadah-rukun-islam

Kalimah ini merupakah pengakuan seseorang terhadap tauhid dan kepatuhan mutlak kepada Allah s.w.t. dan RasulNya. Kalimah ini diperlukan apabila seseorang memeluk agama Islam.

Mendirikan Solat Fardhu Lima Waktu

Menunaikan solat lima waktu sehari merupakan rukun kedua dalam Islam. Solat fardhu itu wajib dilaksanakan oleh setiap individu Islam yang memenuhi syarat-syarat solat yang ditetapkan.

Solat lima waktu telah ditetapkan sebagai kewajiban dalam Islam.

Berpuasa di Bulan Ramadan

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan ibadah wajib yang terdapat dalam rukun Islam. Umumnya, umat Islam perlu berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadan untuk menunaikan kewajiban itu.

Perintah berpuasa ini tertulis dalam Al-Quran surah Al-Baqarah, ayat 183.

Menunaikan Zakat

Rukun keempat adalah zakat. Zakat adalah satu ibadah yang melibatkan pemberian sebahagian harta tertentu kepada golongan tertentu apabila syarat-syaratnya dipenuhi.

Zakat adalah wajib dan tidak boleh diabaikan bagi orang Islam yang mampu.

Inilah jenis-jenis zakat yang perlu dibayar oleh mereka yang mampu:

jenis-zakat-rukun-islam

Mengerjakan Ibadah Haji Bagi Yang Mampu

Ibadah haji adalah rukun Islam terakhir. Ia wajib dilaksanakan oleh orang Islam yang mampu secara kewangan dan fizikal.

See also  Bantuan Khas Aidilfitri 2024 Penjawat Awam & Pesara

Melaksanakan haji memerlukan ziarah ke Mekah dan Madinah di Arab Saudi pada bulan Zulhijah. Bagi yang tidak mampu secara kewangan, melaksanakan haji cuma bersifat sunnah.

Bagi yang tak mampu secara fizikal, boleh melaksanakan ibadah haji melalui badal haji.

ibadah haji

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top