Senarai 10 Orang Paling Kaya Di Malaysia 2024 (Forbes)

Siaran Media: 10 Orang Terkaya di Malaysia

Dalam senarai terkini oleh Majalah Forbes, Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai individu paling berada dengan nilai kekayaan AS$11.5 bilion.

Menurut laporan terbaru oleh Majalah Forbes Malaysia, Tan Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan AS$11.5 bilion (RM55.1 bilion).

Beliau yang berusia 100 tahun pada tahun lepas merupakan salah seorang usahawan tertua di dunia yang memulakan Kumpulan Kuok sejak 75 tahun lalu di Johor Bahru. Beliau memperluas perniagaan ke pelbagai sektor termasuk gula, beras, dan tepung gandum, menjadikan syarikatnya berkembang sebagai konglomerat terkemuka.

Marilah kita kenali siapa lagi yang menduduki senarai individu terkaya di Malaysia bagi tahun 2024 ini.

Senarai 10 Orang Terkaya di Malaysia (2024)

  1. Tan Sri Robert Kuok
  2. Tan Sri Quek Leng Chan
  3. Adik beradik Teh
  4. Lee Yeow Chor & Yeow Seng
  5. Koon Poh Keong & adik-beradik
  6. Ananda Krishnan
  7. Francis Yeoh & adik beradik
  8. Jeffrey Cheah
  9. Lim Kok Thay
  10. Chia Song Kun & keluarga
See also  Cuti Semester Matrikulasi 2024, Takwim & Tarikh Peperiksaan
Sumber: Berita Harian

Di tempat kedua dengan nilai kekayaan AS$8.8 bilion adalah Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Eksekutif Hong Leong Group yang nilai kekayaannya sedikit merosot daripada AS$10.2 bilion tahun sebelumnya.

Kedudukan lima teratas menyaksikan beberapa perubahan – adik beradik Teh, yang mewarisi kepentingan dalam Public Bank, menambah kekayaan sedikit untuk mengambil tempat ketiga dengan nilai kekayaan AS$5.4 bilion.

Menurut Forbes Asia, adik beradik Teh menggantikan hartawan aluminium, Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya, yang jatuh ke tempat kelima disebabkan faktor harga dan permintaan untuk logam yang kurang menyebabkan nilai kekayaan mereka berkurangan kepada AS$5.3 bilion daripada AS$5.8 bilion tahun lalu.

Salah satu peningkatan keuntungan yang ketara dalam senarai tersebut adalah Tan Sri Francis Yeoh dan adik beradik yang mencatatkan peningkatan terbesar dalam nilai dan peratusan.

Secara keseluruhan, terdapat tiga individu Melayu yang tersenarai dalam 50 teratas dalam senarai Forbes iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dan Tan Sri Azman Hashim.

See also  [LIVE] Semakan CCTV Trafik Di Highway PLUS

Syed Mokhtar menduduki tempat ke-15 dengan kekayaan bersih AS$1.3 bilion (RM6.23 bilion), Syed Azman berada di tempat ke-28 dengan AS$765 juta (RM3.7 bilion), manakala Azman berada di tempat ke-32 dengan kekayaan AS$660 juta (RM3.2 bilion).

Penyusunan senarai ini merangkumi pegangan saham dan maklumat kewangan berdasarkan laporan tahunan, aktiviti bursa saham, serta penilaian daripada penganalisis kewangan.

Senarai penuh boleh didapati di laman https://www.forbes.com/malaysia dan dalam edisi terkini Forbes Asia.

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top