Senarai Klinik Perubatan Madani: Carian dan Semakan

Skim Perubatan MADANI: Bantuan Rawatan Percuma untuk Rakyat Malaysia

Skim Perubatan MADANI diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi bantuan rawatan pesakit luar secara percuma di klinik perubatan swasta kepada golongan B40. Program ini kini diperluaskan ke seluruh negara dan dilanjutkan sehingga tahun 2024.

skim perubatan madani

Skim ini adalah satu inisiatif yang telah dibuat bagi mengurangkan kesesakan di klinik dan hospital kerajaan serta memberi kemudahan rawatan kepada rakyat.

Manfaat Skim Perubatan MADANI

Manfaat daripada Skim Perubatan MADANI adalah seperti berikut:

  • Percuma untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Mengurangkan masa menunggu di klinik dan hospital kerajaan
  • Rawatan dan ubat-ubatan berkualiti
  • Perlindungan kesihatan untuk anda dan keluarga

Senarai Klinik Perubatan MADANI

Terdapat pelbagai klinik yang menyertai Skim Perubatan MADANI. Untuk mengetahui senarai klinik yang berdekatan dengan anda, anda boleh:

  1. Layari laman web Protect Health Perubatan Madani di alamat https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics
  2. Pilih negeri dan boleh juga mengecilkan carian dengan memilih daerah dan bandar
  3. Klik butang “Cari Klinik”
See also  Cukai Tanah Pahang: Semakan dan Cara Bayar

Senarai klinik perubatan MADANI dalam laman tersebut dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Pastikan untuk menghubungi klinik terlebih dahulu untuk maklumat lanjut sebelum pergi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top