Sijil Darjah Enam Agama SDEA 2023/2024: Semakan Keputusan

Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama SDEA Tahun 2023

Adakah anda tahu bahawa selain daripada UPKK, terdapat juga penilaian di peringkat negeri yang berbeza mengikut amalan tempatan? Contohnya, di Selangor, terdapat peperiksaan PSRA untuk murid aliran sekolah agama. PSRA dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) untuk pelajar Tahun Enam.

Di Negeri Johor pula, terdapat Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) untuk pelajar sekolah agama, manakala di Negeri Perak ianya dikenali sebagai Sijil Rendah Agama Islam Negeri Perak (SRAI), dan di Wilayah Persekutuan pula, terdapat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).

Walaupun nama ujian tersebut berbeza mengikut negeri, tetapi objektifnya sama iaitu menilai tahap kefahaman pelajar dalam bidang Al-Quran, Bahasa Arab, Pendidikan Jawi, Amali Solat, dan Amalan Cara Hidup Islam.

Sekarang, semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan secara atas talian untuk keselesaan anda.

Semakan Keputusan SDEA 2023/2024

Keputusan peperiksaan SDEA 2023 boleh disemak selepas majlis pengisytiharan seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh: 16 April 2024 (Selasa)
  • Masa: 12.00 Tengahari
See also  Ubat Tambah Darah: Jenis, Kesan Sampingan & Nutrisi Penting

Untuk semakan keputusan, boleh layari pautan ini.

Keputusan penuh dan slip keputusan calon boleh diambil di sekolah atau pusat peperiksaan.

Tarikh Peperiksaan

Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi sesi 2023/2024 dijadualkan pada:

  • 4 hingga 7 Februari 2024

Sila rujuk kepada jadual peperiksaan di bawah untuk makluman lanjut.

Jadual Peperiksaan SDEA Sesi 2023/2024

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan bagi Sijil Darjah Enam Agama sesi 2023/2024:

Baca juga:

  • Semakan Keputusan UPKK 2024 Mulai 18 April – Portal JAKIM
  • Portal SIMPENI: Semakan Pendaftaran Calon UPKK 2023/2024

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top