Portal SIMPENI JAKIM: Semakan Keputusan UPKK 2023/2024

Cara Semakan Keputusan UPKK 2023 Online Melalui Portal SIMPENI JAKIM

Pada tahun 2006, satu sistem berkomputer telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, JAKIM bagi membolehkan pengisian data secara elektronik yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI).

Portal SIMPENI JAKIM adalah platform yang memuatkan maklumat serta mengurus pelaksanaan penilaian dan ujian.

Apa itu Portal SIMPENI JAKIM?

SIMPENI telah menjadi rujukan utama bagi data berkaitan sekolah agama dan KAFA di Malaysia. Ia digunakan dalam pengurusan jawapan Parlimen, penyaluran bantuan oleh Kerajaan Persekutuan, dan lain-lain.

Pada tahun 2014, SIMPENI diperbaharui untuk membolehkan sekolah/premis KAFA mengurus data mereka dengan lebih cekap dan efisien melalui penggunaannya.

Selain itu, SIMPENI juga digunakan untuk pelaporan statistik pendidikan Islam di Malaysia, penyediaan unjuran perjawatan guru/penyelia KAFA, serta sebagai sumber rujukan untuk Jabatan Agama Islam Negeri/Majlis Agama Islam Negeri.

Login / Daftar Portal SIMPENI

Langkah mudah untuk log masuk atau mendaftar ke dalam portal ini adalah seperti berikut:

  • Layari laman web https://simpeni.islam.gov.my
  • Pilih “log masuk”
  • Masukkan ID Pengguna: (no kad pengenalan tanpa tanda -) contoh 70020810XXXX
  • Masukkan Kata Laluan: (no kad pengenalan tanpa tanda -)
See also  Cukai Tanah Johor: Semakan dan Cara Bayar

Tarikh Semakan Keputusan UPKK 2023-2024

Keputusan UPKK 2023 dijangka diumumkan pada 18 April 2024.

Anda boleh semak keputusan UPKK melalui portal JAKIM secara online di https://semakan.islam.gov.my.

Atau boleh juga semak melalui hantar SMS dengan format UPKK <jarak> No Kad Pengenalan / No Kad Pengenalan Khas <jarak> Angka Giliran ke 15888.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai SIMPENI, sila hubungi Seksyen Data dan Perhubungan, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAIS, telefon: 03-55143600 samb 2034 atau 2021, Emel: perhubungandatabpi@admin.

Layari laman web: https://simpeni.islam.gov.my.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top