SiPP: Sistem Pengurusan Pembelajaran KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pelancaran Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) untuk memperkukuhkan kemahiran digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru di sekolah.

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai sistem inovatif ini.

Pengenalan SiPP

SiPP ialah sebuah platform yang memberi guru akses kepada bahan latihan, kursus, dan sumber pembelajaran melalui peranti masing-masing, sama ada secara online atau offline.

Sistem ini diperkenalkan oleh YB Menteri Pendidikan pada 7 Februari 2024.

Ia akan memberi manfaat kepada lebih daripada 429,000 orang PPP di seluruh negara dengan lebih daripada 20,000 kandungan termasuk 15,000 e-buku, 4,000 video, 3,000 kursus, 400 latihan praktikal, dan 40 sijil profesional.

Kelebihan SiPP ialah ia dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan AI untuk mengesan kecenderungan pengguna dan memberi cadangan modul pembelajaran yang bersesuaian.

Strategi Pendigitalan Pendidikan

Terbabit dengan Strategi Pendigitalan Pendidikan yang merangkumi:

  • Teras 4 MyDigital
  • Dasar Pendidikan Digital
  • Proses Inovatif Teknologi Digital
  • Kerjasama Korporat

Manfaat Inovatif SiPP

Beberapa kelebihan SiPP termasuk:

  • Penyampaian pembelajaran secara sistematik tanpa mengabaikan keseronokan dalam prosesnya.
  • Pengiktirafan dengan pengurniaan lencana dan sijil yang diiktiraf oleh pertubuhan antarabangsa seperti Micosoft, Cisco, CompTIA, RedHat, Tosa, AWS, dan PMI-ACP.
  • Modul pembelajaran boleh diakses tanpa internet.
  • Penyelarasan pembelajaran mengikut tahap masing-masing.
  • Ada paparan pemantauan mudah.
  • Sokongan aplikasi mudah alih.
See also  Haid Lambat? Ini Cara Cepatkan Period Yang Boleh Dicuba

Pengaktifan Akaun

Bagi mengaktifkan akaun, langkah-langkah berikut perlu diikuti:

  1. Periksa e-mel yang disertakan dalam SPLKPM.
  2. Lihat e-mel jemputan dari no-reply@percipio.com.
  3. Jika tiada e-mel, klik butang ‘Start Learning’.
  4. Log masuk dengan e-mel yang didaftarkan atau ID guru Malaysia yang disenaraikan dalam Sijil Guru Malaysia.

Panduan Penggunaan SiPP

Untuk panduan penggunaan sistem, sila rujuk panduan yang disediakan di bawah:

Informasi Tambahan

Bagi maklumat lanjut mengenai sistem ini, sila lawati laman web https://www.moe.gov.my/sistem-pengurusan-pembelajaran-sipp#:~:text=YB%20Menteri%20Pendidikan%20telah%20melancarkan,mengikut%203%20fasa%20yang%20ditetapkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top