SUKMA 2024: Tarikh dan Acara Dipertandingkan

Kemeriahan SUKMA 2024 di Sarawak

Keberanian dan semangat atlet-atlet yang mewakili negeri mereka semakin meningkat seiring dengan tibanya SUKMA 2024. Setiap persiapan sedang dilakukan untuk menyambut temasya sukan dwi-tahunan ini.

Selepas persetujuan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia, Sarawak telah dipilih sebagai tuan rumah untuk mengadakan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Keputusan ini dibuat dengan sebulat suara bagi menganjurkan acara sukan dwitahunan yang berprestij.

Penganjuran SUKMA 2024 di Sarawak adalah berdasarkan sistem penggiliran dan merupakan kali ketiga bagi negeri ini menganjurkan temasya sukan ini. Sebelum ini, Sarawak pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1990 dan 2016.

Tarikh dan Jadual

Temasya SUKMA 2024 dijangka berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos. Majlis persmian akan diadakan pada 17 Ogos manakala Majlis Penutupan akan berlangsung pada 24 Ogos.

Senarai Acara Sukan

  • Akuatik
  • Angkat Berat
  • Badminton
  • Berbasaikal
  • Gimnastik
  • Golf
  • Dan lain-lain

Selain 28 acara sukan wajib, terdapat juga 9 jenis sukan tambahan yang akan dipertandingkan. Jumlah keseluruhan atlet yang akan berkumpul adalah sebanyak 9,921 atlet dan 2,692 pegawai.

See also  Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC): Tarif Baru Bermula 1 Jun 2024

Lokasi Pertandingan

SUKMA 2024 akan diadakan di lapan bahagian di Sarawak termasuk Kuching, Samarahan, Bintulu, dan lain-lain. Meskipun begitu, acara basikal trek akan diadakan di Semenanjung disebabkan oleh kekurangan fasiliti di Sarawak untuk acara tersebut.

Logo dan Maskot

logo sukma 2024

Logo SUKMA 2024 menampilkan bayang obor dengan warna merah, kuning, dan hitam sebagai simbolik kepada negeri Sarawak. Sementara itu, maskot rasminya adalah dua ekor burung Enggang yang diberi nama Satria dan Satrina.

Semangat dan keperkasaan atlet-atlet negara pastinya akan memeriahkan temasya SUKMA 2024. Kita berharap agar semua persiapan dilaksanakan dengan lancar demi mengekalkan kecemerlangan dalam acara sukan ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top