Surah Al Falaq~ Bacaan, Rumi & Terjemahan (Beserta Audio)
Surah Al Falaq, juga dikenali sebagai surah ke-113 dalam Al-Quran, terdiri daripada 5 ayat. Ia adalah salah satu surah daripada kumpulan 3 Qul yang disyorkan untuk dibaca setiap hari.
Surah ini diturunkan di Makkah, yang menjadikannya sebagai surah Makkiyah bersamaan dengan Surah An Nas setelah turunnya surah Al-Fil.
Dibawah ini merupakan maklumat tambahan mengenai surah ini.
BACA JUGA: Surah Al Ikhlas ~ Bacaan, Rumi & Terjemahan (Beserta Audio)
Maksud Al-Falaq
Al-Falaq merujuk kepada cahaya waktu Subuh atau seluruh makhluk dalam bahasa Arab. Pengertian ini sesuai dengan ayat-ayat dalam Surah al-Falaq.
Surah ini dinamakan Al-Falaq kerana diambil dari perkataan “Al-Falaq” yang terdapat dalam ayat pertama surah ini.
Tema dan Ringkasan Kandungan Surah
Surah ini merupakan surah Makkiyah yang memerlukan kita meminta perlindungan kepada Allah SWT dari segala keburukan yang tersembunyi.
Ayat pertama boleh dijangkakan dengan maksud dua ialah “aku mohon perlindungan pada Tuhan yang menjadi waktu pagi yang memberi keamanan dengan cahaya siang dari segala kejahatan yang sulit dan tersembunyi” atau dengan “aku mohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk yang memberi keamanan dari segala kejahatan makhluk.”
Ayat kedua pula berkaitan dengan segala kejahatan yang ada di dunia ini seperti Iblis dan keturunannya. Setiap makhluk mempunyai elemen kebaikan dan kejahatan, oleh itu manusia cenderung meraih kebaikan dan menolak kejahatan.
Ayat seterusnya merujuk kepada masa matahari tenggelam, yang mana merupakan waktu keluarnya makhluk-makhluk jahat. Masa ini juga mendorong syaitan untuk menggugat keimanan umat manusia yang cenderung goyah pada waktu malam.
Ayat keempat membincangkan tukang sihir, secara amnya tukang sihir adalah dari kalangan wanita. Namun, lelaki dan wanita juga terlibat dalam amalan ini.
Ayat terakhir pula berhubung dengan hasad, dimana hasad bermaksud menginginkan hilangnya nikmat yang dimiliki oleh orang lain agar dapat dimiliki sendiri. Hasad ditekankan sebagai perbuatan tidak bersyukur terhadap nikmat Allah.
Lafaz Bacaan Surah Al Falaq
Bacaan Rumi
Qul a’udzu birobbil falaq
Min syarri ma kholaq
Wa min syarri iza waqab
Wa min syarrinnaffatsati fil ‘uqad
Wa min syarri hasidin iza hasad