Selamat Hari Gawai: Maksud dan Contoh Ucapan

Selamat Hari Gawai!

Hari Gawai merupakan perayaan tradisional yang diraikan oleh suku kaum Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu di Sarawak setiap tahun.

Gawai bermaksud “perayaan” manakala Dayak merujuk kepada orang-orang asli di Sarawak, Kalimantan, dan Borneo.

Apa itu Hari Gawai?

Hari Gawai merupakan satu perayaan tradisi yang diagungkan oleh suku Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak. Ia disambut sebagai tanda syukur dan penerimaan hasil bumi setelah musim menuai.

Perayaan ini diadakan setiap 1 Jun setiap tahun dan diraikan secara meriah oleh masyarakat suku kaum yang disenaraikan.

Tarikh Hari Gawai 2024

selamat hari gawai

Hari Gawai tahun 2024 akan diraikan pada 1 Jun 2024, yang bertepatan dengan hari Sabtu.

Untuk maklumat lanjut: Kalendar 2025: Senarai Cuti Umum dan Cuti Sekolah

Tradisi dan Upacara Hari Gawai

sambutan hari gawai

Persediaan untuk Hari Gawai bermula pada bulan Mei dengan penapaian minuman tradisional tuak. Selepas penapaian tuak, kaum wanita akan mula membuat kuih-muih tradisi seperti sarang semut, acuan, dan kuih sepit.

See also  Jadual Bayaran STR 2024: Tarikh & Jumlah Bantuan Fasa 1,2,3,4

Hari Gawai turut disertai dengan ziarah menziarahi yang dikenali sebagai ngabang bagi masyarakat Iban.

Ucapan dalam Bahasa Etnik

Berikut adalah beberapa ucapan Selamat Hari Gawai dalam bahasa etnik yang digunakan di Sarawak:

  • Iban – ‘Selamat Ngintu Hari Gawai Dayak’
  • Bidayuh – ‘Silamat Andu Gawai Dayak’
  • Kayan – ‘Selamat Dau Gawai Dayak’
  • Kenyah – ‘Selamat Tau Gawai Dayak’
  • Kelabit – ‘Doo Adto Irau Dayak’
  • Berawan – ‘Selamat Enchiew Gawai Dayak’
  • Saban – ‘Selamat Siew Gawai Dayak’
  • Lun Bawang – ‘Do Aco Irau Dayak’
  • Bisaya – ‘Selamat Nyambut Adau Gawai Dayak’
  • Melanau – ‘Selamat Lau Gawai Dayak’
  • Penan – ‘Jian Dau Gawai Dayak’

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top