Tarikh Cabutan SSP BSN dan Cara Buat Semakan

Adakah anda seorang pencarum SSP BSN dan ingin mengetahui tarikh-tarikh cabutan yang berlangsung pada tahun 2024?

Dengan menyertai dan mematuhi syarat yang ditetapkan, anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM30 Juta!

SSP BSN terbuka kepada individu sahaja dan tidak termasuk akaun bersama atau amanah dalam kempen ini.

Apa itu SSP BSN?

Sejak penubuhan pada 1978, SSP BSN merupakan sebuah produk simpanan yang unik yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional.

Berbeza daripada simpanan tradisional, SSP adalah satu bentuk pelaburan yang mematuhi prinsip syariah dan menawarkan dividen setiap tahun kepada para pemegang SSP.

Menurut Terma dan Syarat yang dinyatakan oleh BSN, produk ini dikendalikan berdasarkan prinsip Mudharabah dan tertakluk kepada Akta Bank Simpanan Nasional (BSN) 1974 serta menggunakan kaedah PER (Profit Equalisation Reserve) dalam pengagihan pulangan kepada deposit dalam konsep Mudharabah.

Senarai Hadiah Cabutan Tahun 2024

Pada tahun 2024, SSP BSN akan menganjurkan sepuluh jenis cabutan yang menarik, antaranya ialah:

  • Cabutan Jutawan
  • Cabutan Bulanan
  • Cabutan Wilayah
  • Cabutan Penyimpan Baru
  • Cabutan Penyimpan Muda
  • Cabutan Kesetiaan
  • Cabutan Istimewa Guru dan Pekerja Barisan Hadapan
  • Cabutan Akaun Gaji
  • Cabutan Simpanan Konsisten
  • Cabutan Ulang Tahun BSN ke-50
See also  Selamat Kembali Ke Sekolah: Persediaan Sesi Persekolahan

Pemenang-pemenang perlu menyediakan maklumat dan dokumen yang diperlukan dan menghantarnya ke alamat ibu pejabat BSN.

Seksyen Sokongan Perniagaan
Jabatan Deposit & Pembayaran,
Tingkat 8, Wisma BSN,
117, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Telefon/ Faks: 03-20283222 Samb. 12620 / 15694

Tempoh Kempen

Kempen untuk tahun 2024 akan berlangsung dari 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024.

Bagaimana untuk semak tarikh-tarikh cabutan SSP BSN tahun 2024? Simak jadual tarikh cabutan yang telah disediakan di bawah:

Tarikh Cabutan SSP BSN

Setiap cabutan akan disiarkan secara langsung melalui siaran Facebook Live BSN.

Cara Semak Tarikh Cabutan

Untuk mengetahui senarai pemenang cabutan SSP BSN, sila layari laman web https://www.bsn.com.my/page/bsn-ssp-draw-results.

Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor sijil SSP anda untuk membuat semakan.

Cara Mendaftar SSP BSN

Jika berminat untuk menyertai SSP BSN tahun 2024, anda boleh mendaftar melalui cara berikut:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top