Cukai Tanah Johor: Semakan dan Cara Bayar

Cukai Tanah di Johor: Apa yang Perlu Anda Tahu

Jika anda adalah pemilik tanah atau bangunan di Johor, anda wajib membayar Cukai Tanah kepada kerajaan negeri Johor.

Terdapat perbezaan antara Cukai Tanah dan Cukai Pintu, dimana Cukai Tanah dikenakan kepada pemilik tanah sebagai imbuhan kepada Pihak Berkuasa Negeri kerana telah memberi hak milik, manakala Cukai Pintu dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan kepada pemilik atau penghuni yang terletak dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan seperti rumah kedai, hotel dan sebagainya.

Cukai Tanah dan Peraturan Pembayarannya

  • Cukai Tanah wajib dijelaskan sebelum 31 Mei setiap tahun di Johor.
  • Denda akan dikenakan mulai 1 Jun bagi bayaran lewat.
  • Cukai Tanah perlu dibayar setiap tahun sekali.

Menurut Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965, Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya pada awal setiap tahun kalendar. Sebarang tunggakan akan dikenakan denda tambahan.

Kewajipan dalam Undang-Undang

Menurut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965, setiap pemilik tanah di Johor wajib membayar Cukai Tanah.

See also  5 Rukun Nikah & Syarat-Syaratnya

Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965 juga menetapkan bahawa Cukai Tanah perlu dibayar antara 1 Januari hingga 31 Mei setiap tahun. Denda 20% akan dikenakan atas tunggakan, dengan jumlah minimum RM10. Cukai Tanah hanya perlu dibayar satu kali setahun.

Hukuman untuk Cukai Tanah Tertunggak

Jika Cukai Tanah anda tertunggak, tindakan yang mungkin diambil termasuk penerbitan notis tuntutan dan pengambilan tindakan merampas tanah.

Bagaimana untuk membayar Cukai Tanah:

  • Secara atas talian di https://johorpay.johor.gov.my
  • Melalui tunai, kad kredit/debit tempatan, bank deraf, kiriman wang, atau wang pos atas nama PENTADBIR TANAH di daerah yang berkenaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top