Tarikh & Semakan Keputusan UPKK 2024 (Portal JAKIM)

Tarikh & Semakan Keputusan UPKK 2024

Makluman kepada ibu bapa dan penjaga, keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini telah diumumkan. Anda boleh semak keputusan tersebut dengan mudah.

Bagi memudahkan proses semakan, terdapat dua cara yang boleh digunakan iaitu secara online atau melalui SMS.

Dibawah ini, info lanjut mengenai UPKK dan langkah-langkah untuk semak keputusan secara dalam talian.

Apakah UPKK?

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah peperiksaan yang dijalankan untuk menilai tahap pemahaman dan kebolehan murid-murid tahun 5 dalam pelajaran Al-Quran, Ulum Syariah, Sirah, Adab, Jawi, Khat, dan Asas Lughatul Quran.

Terdiri daripada 8 Subjek Peperiksaan UPKK:

  • Amali Solat
  • Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
  • Tilawah Al-Quran
  • Pelajaran Jawi dan Khat
  • Sirah
  • Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
  • Adab (Akhlak Islamiah)
  • Lughah Al-Quran

Kelebihan Mengambil UPKK

UPKK masih dilihat relevan dan penting dengan peningkatan bilangan calon setiap tahun. Ini membuktikan komitmen untuk mendorong penghayatan ilmu Agama melalui KAFA.

See also  Niat Iktikaf, Hukum & Soalan Lazim Mengenainya

Keputusan UPKK juga merupakan kriteria penting untuk kemasukan ke sekolah menengah agama di bawah Kementerian Pendidikan dan sekolah menengah berasrama integrasi.

Tarikh Pengumuman UPKK 2024 / 2023

KENYATAAN MEDIA
BERKENAAN
PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2023

  1. JAKIM akan mengumumkan keputusan UPKK pada 18 April 2024 (Khamis) jam 11.00 pagi.
  2. Semua ibu bapa boleh menyemak keputusan mulai jam 12.00 tengah hari pada 18 April 2024 melalui:
  3. Slip Keputusan boleh diperoleh daripada sekolah masing-masing pada 19 April 2024 jam 9.30 pagi.

Penting:
Keputusan ini hanya akan disediakan untuk semakan pada tarikh yang dinyatakan.

Terima kasih.

DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
12 April 2024

Cara Semak Keputusan UPKK 2024

Anda boleh menyemak keputusan UPKK dengan dua cara berikut:

KAEDAH 1 – SEMAKAN ONLINE

Lawati https://simpeni.islam.gov.my/ untuk semakan secara dalam talian.

See also  Koleksi Peta Malaysia Yang Boleh Dimuat Turun

KAEDAH 2 – SEMAKAN MELALUI SMS 15888

Hantar SMS UPKK jarak NoMyKid/NoKadPengenalanAngkaGiliran ke 15888.

Contoh keputusan yang akan diterima melalui SMS.

Peringatan: Hasil semakan hanya boleh dilihat pada tarikh yang telah ditetapkan.

Keputusan semakan dalam talian akan menunjukkan butir-butir keputusan seperti berikut:

keputusan upkk 2024

Bagi makluman, selain semakan dalam talian, slip keputusan boleh diperoleh daripada pihak sekolah masing-masing.

.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top