Terpaling Drama

Jangan lepaskan peluang untuk menonton telefilem Terpaling Drama pada 5 Syawal, jam 10 pagi di Astro Ria dan melalui siaran langsung di Astro GO.

Terpaling Drama
Tayangan: Ahad, 14 April 2024, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Farah Bani
Pengarah: Liyana Jasmay
Produksi: Mermaid Studios Sdn Bhd
Pelakon: Nurel Baharin, Sazzy Falak, Razin Qidran, Mustaqim Bahadon, Darien Aeldra, Zalfa Zin

Sinopsis Terpaling Drama: Zee, seorang gadis moden yang baru pulang dari UK untuk menyambut Hari Raya, terlibat dalam pertengkaran hebat dengan ibunya, Hasnah yang amat teruja dengan drama Melayu.

Selepas pertengkaran itu, Zee tiba-tiba terperangkap dalam dunia drama yang sebelum ini tidak disukainya, termasuklah menghadapi adegan-adegan klise.

Ketika berada dalam dunia drama tersebut, Zee diperlihatkan semula tentang budaya yang pernah dia tinggalkan dan dirinya yang sebenar.

Pada mulanya, Zee menganggap cinta sebagai penyelesaian untuk kembali ke dunia nyata, tetapi sebenarnya Zee perlu meminta maaf dan berbaik semula dengan ibunya.

See also  Biodata Tracie Sinidol, Pelakon Baru Wajah Mirip Mira Filzah dan Diana Danielle

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top