Amin Ya Rabbal Alamin (آمين يا رب العالمين): Maksud, Bila Perlu Ucapkan & Kelebihan

Maksud Amin Ya Rabbal Alamin (آمين يا رب العالمين)

Amin Ya Rabbal Alamin ialah perkataan Bahasa Arab yang kerap digunakan oleh umat Islam dalam kehidupan sehari-hari.

Meskipun frasa ini bukan daripada al-Quran al-Karim berdasarkan konsensus, ia membawa maksud yang dalam serta harapan kepada Allah SWT agar setiap doa atau hajat yang dimohon akan dikabulkan.

Diriwayatkan dalam hadis daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Aamin adalah cop Tuhan sekalian alam di atas lisan hamba-hambanya yang beriman.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Du’aa: no. 202)

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Amin Ya Rabbal Alamin.

Maksud Amin Ya Rabbal Alamin (آمين يا رب العالمين)

Amin berasal dari bahasa Ibrani dan Arab yang membawa maksud setia atau benar. Dengan mengucapkan Amin sebagai respons terhadap sesuatu yang disebutkan, anda mengesahkan kebenaran tersebut.

Rabbal Alamin bermaksud Tuhannya Semesta Alam. Jadi, Amin Ya Rabbal Alamin terjemahannya adalah, “Perkenankanlah doa kami, Wahai Tuhan Semesta Alam.”

Cara Menyebut Amin Ya Rabbal Alamin

Ada dua cara penyebutan yang biasa, iaitu dengan cara pendek أمين atau panjangآمين.

See also  SiPP: Sistem Pengurusan Pembelajaran KPM

Bila Perlu Ucapkan?

  • Selepas berdoa.
  • Selepas membaca Al-Fatihah.

Kelebihan

  • Mencegah doa daripada ditolak.
  • Semua yang mengucapkan akan mendapat bahagian doa.
  • Doa pasti dikabulkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top