Biodata Dato’ Seri Aminuddin Harun – Menteri Besar Negeri Sembilan ke-9

Kandungan

  1. Profil Aminuddin Harun
  2. Karier Politik
  3. Latar Belakang
  4. Keluarga
  5. Keputusan Pilihan Raya

Profil & Biodata Aminuddin Harun

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun adalah Menteri Besar Negeri Sembilan yang ke-8 dan ke-9. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk DUN Sikamat dan Ahli Parlimen Malaysia untuk Port Dickson, Negeri Sembilan.

Jawatan

  • Menteri Besar Negeri Sembilan ke-8 dan ke-9 (14 Ogos 2023)
  • Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (2022)
  • Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan (2022)
  • Ketua PKR Cabang Port Dickson (2022)

Karier Politik

Menteri Besar Negeri Sembilan

Aminuddin Harun telah dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 12 Mei 2018 dan kembali memegang jawatan pada 14 Ogos 2023.

Anggota Parlimen Port Dickson

Pada 19 Disember 2022, beliau telah dilantik menjadi Ahli Parlimen Port Dickson menggantikan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Latar Belakang

Pendidikan

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson
  • Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan
See also  5 Sikap Ahli Politik Malaysia Yang Tidak Disukai Rakyat

Pekerjaan

  • Pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah (1991-1995)
  • Ketua pengurusan pengeluaran di Golden Hope Furniture Sdn Bhd
  • Eksekutif Senior di MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd (1996-2008)

Penglibatan Politik

  • Anggota UMNO (1995-1998)
  • Penyandang kerusi DUN Sikamat sejak 2008
  • Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak 2014

Keluarga

Aminuddin telah berkahwin dengan Wan Hasni Wan Yusof dan memiliki lima orang anak, iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan.

Keputusan Pilihan Raya

Tahun Calon (Parti) Undi Prts Pembangkang Undi Prts Majoriti Keluar
2008 Aminuddin Harun (PKR) 6,036 51.02% Md Yusop Harmain Shah (UMNO) 5,537 46.80% 499 76.37%
2013 Aminuddin Harun (PKR) 8,584 50.63% Wan Salwati Abdullah (UMNO) 8,074 47.62% 510 86.30%
2018 Aminuddin Harun (PKR) 9,832 47.30% Syamsul Amri Ismail (UMNO) 6,419 30.90% 3,413 85.90%

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top