Cara Mohon Anak Pelihara / Anak Angkat

Tatacara Memohon Anak Pelihara

Definisi

  • Anak Pelihara: Kanak-kanak yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk pemeliharaan, jagaan, dan kawalan oleh ibu bapa peliharaan berdasarkan Seksyen 30 (1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.
  • Ibu Bapa Pelihara: Seseorang atau pasangan yang telah ditawarkan anak pelihara oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
  • Anak Angkat: Telah dalam jagaan dan dipelihara serta dididik oleh seseorang atau pasangan sebagai anaknya yang berterusan atau anak mereka secara anak angkat de facto selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan.

Objektif

  • Ibubapa Peliharaan: Memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul dan menumpang kasih sayang kepada anak pelihara.
  • Anak Pelihara: Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang, rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi, dan psikologi, serta pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna.

Syarat-syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  • Berusia 25 hingga 60 tahun.
  • Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas).
  • Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  • Pemohon bujang boleh dipertimbangkan.
  • Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
  • Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
  • Bebas dari rekod jenayah.
  • Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
  • Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.
See also  Naratif Politik. Apa Maksudnya?

Dokumen Yang Diperlukan

  • Gambar ukuran pasport (suami/isteri).
  • Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan (suami/isteri).
  • Salinan sijil nikah/ sijil pendaftaran perkahwinan.
  • Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).
  • Lain-lain dokumen sokongan.

Perkara-Perkara Yang Perlu Dilakukan

  • Sediakan dokumen yang diperlukan.
  • Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang Sistem Permohonan Anak Pelihara atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan (PKMD/J) di tempat pemohon bermastautin atau tinggal.

Permohonan yang telah lengkap akan diproses dan sesi temu duga akan dijalankan oleh PKMD/J.

Perkara-Perkara Yang Akan Dibincangkan Dalam Sesi Temu Duga

  1. Menilai latar belakang sosial pemohon.
  2. Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara.
  3. Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara.
  4. Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952, Adoption Ordinance (Sarawak Cap 91)(Ammendment 2002) dan The Adoption (Central Registry) Regulations 1960 serta Adoption Ordinance 1960 (Sabah No. 23 of 1960) yang mana bersesuaian.
See also  Perbezaan Antara DUN dan Parlimen

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top