FENOMENA AIR PASANG SURUT: PENYEBAB & JADUAL RAMALAN
Ketika berada di pantai, kita sering menyaksikan air laut naik dan surut secara berkala tanpa kita sedari.
Namun, tahukah kita apa yang menjadi punca fenomena menarik ini berlaku?
Fenomena Air Pasang Surut
Air pasang surut berlaku dua kali dalam tempoh 24 jam disebabkan oleh daya tarikan graviti antara bumi dan bulan serta bumi dan matahari.
Ketika air pasang, paras air di pantai akan meningkat manakala ketika air surut, paras air di pantai akan berkurang.
Penyebab Air Pasang Surut
Fenomena air pasang surut adalah hasil dari tarikan graviti bulan, matahari, dan rotasi bumi.
Gabungan ketiga-tiga faktor ini menyebabkan air laut mengalami pasang dan surut setiap hari.
Ada tempat-tempat di mana fenomena ini berlaku dua kali air pasang dan dua kali air surut, manakala di tempat lain ia berlaku sekali air pasang dan surut sahaja.
Disebabkan jarak bulan lebih dekat dengan bumi, tarikan graviti bulan lebih kuat berbanding matahari.
Air lautan tertarik ke arah bulan menyebabkan air laut pasang. Ketika bumi berputar, tarikan graviti bulan akan berpindah ke kawasan lain bumi.
Kawasan yang baru mendapat tarikan ini akan mengalami pasang manakala kawasan yang sebelumnya terkena tarikan akan mengalami surut.
Perubahan pasang surut ini lebih ketara ketika bulan berada pada fasa ijtimak atau purnama kerana pada masa ini, bulan dan matahari berada di sebelah bumi.
Jenis Air Pasang Surut
Terdapat dua jenis air pasang, iaitu:
- Pasang perbani atau air pasang besar: Berlaku apabila bulan, bumi dan matahari berada dalam satu garis lurus.
- Pasang anak: Berlaku apabila bulan, matahari dan bumi berada pada sudut tegak.
Jadual Ramalan Air Pasang & Air Surut
Bagi mereka yang ingin mengetahui jadual ramalan fenomena ini, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) menyediakan jadual ini secara atas talian setiap hari.
Anda boleh mendapatkan ramalan ini dari stesen JUPEM di seluruh negara seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Lumut, Pelabuhan Klang, Tanjung Keling, Kukup, Johor Bahru, dan tempat-tempat lain.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web https://www.jupem.gov.my/ms/staps.
Baca juga: